Sangkar bekas RMP platform pelupusan bekas racun dengan selamat, sistematik

LAHAD DATU – Sangkar bekas Racun Makhluk Perosak (RMP) dilihat menjadi platform pelupusan yang praktikal kepada pekebun kecil kelapa sawit untuk membuang bekas racun mereka dengan selamat dan sistematik.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, usaha ini selari aspirasi negara untuk memperkukuh budaya kelestarian alam sekitar menerusi Agenda Pembangunan Mampan Negara (Agenda 2030) yang merupakan komitmen global Malaysia ke arah pembangunan yang lebih mampan, berdaya tahan dan inklusif.

Katanya, tidak semua bekas RMP boleh dikitar semula melainkan bekas yang diperbuat daripada plastik jenis HDPE, PP, PA-PE atau PET, dan yang telah melalui prosedur bilasan sebanyak tiga kali akan diterima untuk dikitar semula.

“Proses pelupusan bekas RMP pula hanya boleh dilakukan di pusat-pusat pelupusan yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Harapan kita supaya rakyat bersama menyokong usaha ini bukan sahaja menambah baik pengeluaran hasil pertanian kita, tetapi juga bersama menjaga alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan pelancaran program Kitar Semula Bekas Racun Makhluk Perosak (RMP) dalam Industri sawit di Ladang Rimmer, KLK Berhad, pada Selasa.

Pada program itu, tujuh syarikat perladangan kelapa sawit masing-masing menyumbang seunit sangkar RMP kepada pekebun-pekebun kecil yang ditempatkan di tujuh lokasi iaitu KPSM Tungku; PPK Lahad Datu; KPD Silabukan; KPD Segama; Intan Sawit (Silam); Intan Sawit (Bagahak) dan Intan Sawit (Tungku).

Setiap sangkar bernilai RM3,000 itu disumbangkan KLK Berhad Lahad Datu, IOI Group, Sawit Kinabalu Sdn Bhd, Tradewinds Plantation Berhad, Hap Seng Plantation Holding Berhad, FELDA Sahabat dan FELDA Global Ventures (FGV) Wilayah Sahabat.

Dalam pada itu, Yusof yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu menyambut baik cadangan Bahagian Kawalan Racun dan Perosak Sabah yang telah mengusulkan kepada MOSTI agar membangunkan pakaian perlindungan berteknologi tinggi (high-tech protective gear).

“Pakaian ini disasarkan untuk digunakan oleh petani dan pengusaha sektor tanaman dalam melaksanakan tugas-tugas penyemburan dan pengendalian racun makhluk perosak.

“Cadangan ini amat selari dengan mandat kementerian saya di MOSTI dalam memperkasa teknologi tempatan dan inovasi berimpak tinggi demi keselamatan, produktiviti dan kesejahteraan rakyat.

“Bagaimanapun, perkara itu akan diteliti dari aspek keselamatan dan lain-lain mengikut kesesuaian,” ujarnya.

Terdahulu semasa berucap, menanggung tugas Pengarah Bahagian Kawalan Racun Prosak dan Baja Jabatan Pertanian, Latifah Merais berkata, jumlah kemasukan racun perosak ke pelabuhan-pelabuhan utama Sabah menunjukkan trend peningkatan.

“Sejak Januari hingga Mei tahun ini, kemasukan RMP di tawau sebanyak 3,537 tan diikuti 1,561 di Kota Kinabalu dan Sandakan 1,216 tan.

“Ini menunjukkan peningkatan ketara sepanjang tempoh 2024 iaitu Tawau (11,308 tan), Sandakan (2,614 tan) dan Kota Kinabalu (853 tan),” katanya.

Related Posts

Penduduk kampung bimbang dakwaan penyebaran bahan disyaki dadah baharu

SANDAKAN – Penduduk di Kampung Seng Kee dan Kg Gelam Laut, di sini, menzahirkan kebimbangan terhadap dakwaan penularan bahan disyaki dadah baharu dikenali sebagai ‘magic mushroom’ atau ‘piu-piu’ yang dipercayai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SeMURNI anjur bengkel STEM hujung Ogos

KUANTAN – Seramai 370 pelajar Tingkatan 1 hingga 3 dari Sekolah Menengah Sungai Isap Murni (SeMURNI), dekat sini, bakal menyertai STEM Camp MOSTI 2026 yang dijadual berlangsung pada 21 dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penduduk kampung bimbang dakwaan penyebaran bahan disyaki dadah baharu

Penduduk kampung bimbang dakwaan penyebaran bahan disyaki dadah baharu

Sudah tiba masa UMNO akui kelemahan dan salah urus Tabung Haji – KJ

Sudah tiba masa UMNO akui kelemahan dan salah urus Tabung Haji – KJ

SeMURNI anjur bengkel STEM hujung Ogos

SeMURNI anjur bengkel STEM hujung Ogos

Semarak Bulan Kebangsaan tingkat kesedaran pelihara keharmonian kaum

Semarak Bulan Kebangsaan tingkat kesedaran pelihara keharmonian kaum

Pengalaman Singapura jadi rujukan penganjuran F1 Bahrain GP di Sepang – Anwar

Pengalaman Singapura jadi rujukan penganjuran F1 Bahrain GP di Sepang – Anwar

MoF nafi dakwaan SARA RM100 sekali bayar untuk semua rakyat berusia 18 tahun ke atas

MoF nafi dakwaan SARA RM100 sekali bayar untuk semua rakyat berusia 18 tahun ke atas