Fahmi nasihat pengamal media jalani pemeriksaan kesihatan

PENGAMAL media disaran menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi memastikan tahap kesihatan sentiasa berada dalam keadaan baik, terutamanya ketika melaksanakan tugasan di lapangan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, terdapat dalam kalangan pengamal media yang sangat komited menjalankan tugas serta berusaha gigih mendapatkan maklumat dan menyampaikan berita sahih kepada masyarakat, namun sering mengabaikan aspek kesihatan diri sendiri.

“Ramai juga wartawan yang saya lihat perlu diberikan peringatan untuk menjaga kesihatan, khususnya dalam menjalani saringan kesihatan jantung dan perkara-perkara berkaitan yang lain.

“Kadangkala kita terlalu fokus kepada tugasan sehingga terlupa akan keperluan menjaga kesihatan diri. Maka, inilah peringatan kecil yang ingin saya sampaikan kepada rakan-rakan wartawan,” katanya memetik laporan BH.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) 2025 sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 yang berlangsung di sini malam tadi.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang merangkap Pengarah Projek HAWANA 2025, Arul Rajoo Durar Raj, serta barisan pengurusan tertinggi agensi berita berkenaan.

Sempena sambutan HAWANA 2025, Fahmi menyeru masyarakat agar lebih menghargai peranan media yang sentiasa komited dalam menyampaikan laporan tepat dan pantas kepada rakyat.

“Saya amat bimbang kerana masyarakat jarang menyedari jerih perih pasukan media yang berusaha siang dan malam demi mendapatkan maklumat serta berita yang sahih.

“Saya berharap melalui sambutan HAWANA pada tahun ini, lebih ramai dalam kalangan masyarakat akan memahami dan menghargai jasa serta pengorbanan rakan-rakan media,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan pengamal media memahami keupayaan dan had penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) agar manfaat teknologi berkenaan dapat dimaksimumkan secara beretika.

“Kita perlu memahami cara penggunaan AI. Saya tidak percaya bahawa AI pada masa ini mampu menggantikan peranan wartawan. Namun demikian, wartawan perlu tahu bagaimana AI boleh membantu dalam tugasan harian mereka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar beberapa siri latihan dilaksanakan secara bersama antara GKMM dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), khususnya dalam bidang AI dan kemahiran lain yang relevan untuk pengamal media.

Sambutan HAWANA 2025 yang bertemakan “Kewartawanan Era Baharu: Keseimbangan AI dan Etika” berlangsung selama tiga hari bermula pada Jumaat.

Majlis kemuncak akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET