Malaysia diiktiraf Perancis peneraju industri inovasi, perkasa AI secara beretika

KUALA LUMPUR – Perancis mengiktiraf Malaysia sebagai salah satu negara daripada peneraju industri inovasi di Asia Tenggara.

Duta Perancis ke Malaysia, Axel Cruau, memuji komitmen Malaysia dalam memperkukuhkan kedudukan negara sebagai peneraju serantau dalam bidang inovasi, transformasi digital dan pelaksanaan kecerdasan buatan (AI) secara beretika.

Menurutnya, sidang Kemuncak AI ASEAN dan Ekspo Bandar Pintar Kuala Lumpur akan meletakkan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam inovasi, transformasi digital serta pelaksanaan AI beretika.

“Perancis serta Malaysia turut memperkukuh komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dalam kemajuan inovasi dan teknologi dan teknologi Perancis kini digunakan secara meluas dan dibangunkan di Malaysia.

“Program seperti Hari Inovasi ini boleh menjadi platform yang bermakna untuk memajukan keutamaan bersama dalam bidang AI, teknologi hijau, kesihatan, wanita dalam teknologi, dan pembangunan bakat yang penting bagi masa depan kedua-dua negara,” katanya ketika berucap pada perasmian Hari Inovasi Perancis-Malaysia 2025, pada Jumaat.

Sidang Kemuncak AI ASEAN dijadualkan berlangsung dari 12 hingga 13 Ogos depan, manakala Ekspo Bandar Pintar Kuala Lumpur akan diadakan dari 17 hingga 19 September.

Sementara itu Ketua Pejabat AI Kebangsaan (NAIO), Shamsul Izhan Abdul Majid berkata, gabungan kepakaran Perancis dalam inovasi dan kejuruteraan serta kemajuan sektor digital Malaysia mewujudkan kerjasama menang-menang berdasarkan kepercayaan dan matlamat bersama untuk memanfaatkan AI demi kebaikan umum.

Beliau turut menyebut mengenai ekosistem pemula Perancis, Station F, yang menawarkan impak besar kepada usahawan AI di Malaysia.

“Station F menunjukkan bagaimana reka bentuk ekosistem yang luas dan idea berani yang matang dapat membantu mengembangkan serta memudah cara penyelidikan kepada penyelesaian dunia sebenar.

“Diilhamkan oleh model ini, NAIO sedang membina laluan inovasi rentas sempadan dalam beberapa sektor – kesihatan, pengangkutan, pertanian, pendidikan, perkhidmatan awam dan keusahawanan mikro,” katanya dalam ucapan pada majlis itu.

Hari Inovasi Perancis-Malaysia edisi kedua bertema ‘Mengemudi Sempadan Teknologi’ itu dianjurkan oleh Kedutaan Perancis di Malaysia dengan kerjasama Business France, French Tech, Dewan Perniagaan dan Industri Perancis-Malaysia (CCIFM) serta Kelab Kesihatan Malaysia.

Selain sesi syarahan dan pembentangan, acara itu turut memberi peluang kepada alumni Malaysia dari institusi pendidikan Perancis untuk berhubung dengan syarikat Perancis serta berinteraksi secara langsung dengan bakal majikan.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak