Trump dakwa rundingan tarif AS-China ‘selesai’

WASHINGTON – Perjanjian perdagangan antara Washington dan Beijing ‘selesai’ tertakluk kepada kelulusan akhir presiden kedua-dua negara, kata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam.

Anadolu Ajansi (AA) melaporkan dalam satu hantaran di platform Truth Social, Trump berkata AS ‘akan menerima jumlah keseluruhan tarif sebanyak 55 peratus, manakala China menerima 10 peratus’.

“Magnet penuh dan sebarang bahan nadir bumi yang diperlukan, akan dibekalkan terlebih dahulu oleh China.

“Begitu juga, kami akan menyediakan kepada China apa yang dipersetujui, termasuk pelajar China yang menggunakan kolej dan universiti kami (yang sentiasa saya sokong!).

“Hubungan sangat baik!” kata Trump.

Pegawai dari AS dan China bertemu di London minggu ini bagi membincangkan isu tarif.

Pada April lalu, AS melaksanakan tarif besar-besaran terhadap China, namun pada Mei, AS dan China bersetuju melaksanakan pengurangan tarif itu bagi tempoh awal selama 90 hari.

Related Posts

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

NEW YORK – Kuasa lima negara pemegang veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa dimansuhkan, susulan kegagalan badan itu menangani beberapa krisis antarabangsa. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia gesa reformasi institusi kewangan antarabangsa, sistem perdagangan global

NEW YORK – Malaysia menggesa reformasi terhadap institusi kewangan antarabangsa dan sistem perdagangan multilateral supaya lebih berkesan dalam memenuhi keperluan negara membangun. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

  • By Aden
  • September 27, 2026
Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih