JIWA@Kelab Malaysiaku, Pentarama X semarak semangat patriotik pelajar SMK Chung Cheng

SIBU – Lebih 300 pelajar dan guru memeriahkan program JIWA@Kelab Malaysiaku dan Pentarama X yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Cheng di sini baru-baru ini.

Program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sarawak itu bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar sekolah menengah menerusi pendekatan komunikasi massa serta interaksi secara langsung yang berkesan.

Pengarah Penerangan Malaysia Sarawak, Helmy Hamid berkata, program seumpama itu mampu membentuk generasi muda yang bersatu padu, berfikiran matang dan berwibawa dalam mendukung aspirasi negara.

“Kelab Malaysiaku merupakan platform kokurikulum strategik hasil kerjasama antara JaPen dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diwujudkan di sekolah menengah bagi memperkukuh semangat kenegaraan menerusi penghayatan nilai murni,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Pengarah Penerangan Malaysia Sarawak, Sri Kestury Mohammed Zamhari.

Setakat ini, terdapat 45 Kelab Malaysiaku di seluruh Sarawak, termasuk empat di daerah Sibu iaitu SMK Chung Cheng, SMK Methodist, SMK Lanang dan SMK Jalan Oya.

Menurut beliau, Pentarama X yang turut diadakan dalam program itu memberi peluang kepada pelajar menyatakan semangat patriotik secara kreatif dan menyeluruh.

“SMK Chung Cheng merupakan sekolah pertama di Sibu yang menganjurkan Pentarama X. Ia bukan sekadar persembahan hiburan, sebaliknya menjadi medium santai untuk menyampaikan mesej perpaduan dan cinta negara,” jelasnya.

Program turut diserikan dengan Kempen Kesedaran Keselamatan Siber oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang memberi pendedahan mengenai ancaman buli siber, penipuan dalam talian serta eksploitasi digital.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Sibu, Zaini Morshidi; Pengarah MCMC Sibu, Dinah Samuel; Wakil Pengarah Pendidikan Daerah Sibu, Jeremy Ling Beng Leh; Pengetua SMK Chung Cheng, Law Sie Yieng serta Pegawai Penerangan JKOM Sibu, Fatimah Firdaus.

Related Posts

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

GERIK – Sebanyak 12 ekor gajah liar yang mengancam keselamatan penduduk Kampung Bongor di sini berjaya dipindahkan ke habitat asal mereka menerusi operasi khas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

KOTA KINABALU – Pencapaian calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 di Negeri Sabah menunjukkan peningkatan positif apabila Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) negeri meningkat kepada 2.78 berbanding 2.77 pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Apabila sentimen mengatasi fakta

Apabila sentimen mengatasi fakta