49 prospek, OBB penjara Lahad Datu terlibat pembentukan daya tahan elak jenayah berulang

LAHAD DATU – Seramai 49 individu terdiri daripada prospek dan Orang Bebas Berlesen (OBB) Penjara Lahad Datu diberi penekanan kepada pembentukan daya tahan (resilience) sebagai asas untuk memulakan kehidupan baharu yang lebih positif dan produktif sebaik meninggalkan tirai besi terbabit.

Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, TKP Tey Hock Soon berkata, tanpa ketahanan mental dan emosi yang kukuh, ramai prospek mudah kembali ke kancah jenayah sebagai jalan mudah untuk terus hidup.

“Melalui pelaksanaan program pencegahan pengulangan ini, para prospek akan diberi peluang untuk menyedari potensi diri, mengenal pasti faktor pencetus kepada jenayah lalu, serta membina kemahiran untuk mengurus emosi dan tekanan hidup dengan lebih berkesan.

“Selain itu, program ini juga merupakan satu pelaburan sosial jangka panjang dalam usaha membina masyarakat yang lebih selamat dan inklusif,” katanya semasa berucap pada Program Pencegahan Pengulangan Jenayah dan pembentukan daya tahan penghuni Zon Sabah 2025 di Dewan Toh Puan Norlidah, Penjara Lahad Datu, pada Rabu.

Menurut Tey, setiap aktiviti sepanjang hari pada program itu bertujuan memberi kefahaman kepada prospek mengenai punca dan kesan jenayah, membantu prospek mengenalpasti kekuatan dalaman, meningkatkan kemahiran interpersonal dan memberi sokongan psikososial yang strategik bagi mengelakkan pengulangan kesalahan.

“Semoga perubahan setiap prospek selari dengan hasrat jabatan Penjara sebagai Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan (Civilized Human Culture Development Centre).

“Selain itu, melalui program-program pembangunan pemulihan dalam komuniti turut dapat merealisasikan visi Jabatan Penjara Malaysia iaitu 2/3 prospek penjara menjalani hukuman diluar tembok penjara menjelang tahun 2030,” tambahnya.

Sementara itu, bercakap kepada media, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi menyatakan keyakinan bahawa setiap prospek akan kembali kepada masyarakat untuk membawa perubahan kelak.

“Mereka yang akan bebas ini memang boleh dipercayai, jadi orang yang baik dan kita percaya merek akan kembali pada masyarakat,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau juga menyeru agar prospek sentiasa memanfaatkan sokongan yang diberikan terutamanya daripada keluarga, komuniti, dan agensi yang terlibat yang sedia membantu prospek untuk bangkit semula.

Program bermula seawal pukul 8 pagi itu diisi dengan taklimat dari Perkeso, Forum Khas dan perkongsian usahawan bekas prospek.

Turut hadir, Pengarah Penjara Lahad Datu, PKK Kalbin Mohd Said.

Related Posts

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

KANOWIT – Pesta Kanowit 2026 membuka peluang ekonomi kepada penduduk dan peniaga tempatan menerusi kehadiran pengunjung serta peserta dari dalam dan luar daerah, selain menjadi platform memperkukuh perpaduan masyarakat pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

TAWAU – Perkembangan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menunjukkan perubahan yang begitu ketara termasuk pemerkasaan terhadap kedudukan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia. Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera