Kastam Sarawak gagalkan cubaan seludup ganja bernilai RM2.57 juta

MIRI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk dadah jenis ganja mampat seberat 26.313 kilogram dengan anggaran nilai rampasan mencecah RM2.578 juta dalam satu serbuan di sebuah syarikat kurier tempatan pada bulan lalu.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Norizan Yahya berkata, rampasan itu hasil pemeriksaan terhadap lima kotak mencurigakan di premis berkenaan pada 13 Mei lalu kira-kira jam 9.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan 98 bungkusan disyaki ganja mampat yang dibalut menggunakan plastik lutsinar,” katanya dalam kenyataan pada Rabu. 

Menurutnya, seramai 10 individu turut ditahan untuk membantu siasatan lanjut.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang daripada 15 sebatan jika sabit kesalahan.

Mengulas lanjut, Norizan berkata, sindiket berkenaan dipercayai menggunakan modus operandi menyamar dadah terbabit sebagai barangan biasa dan dihantar melalui perkhidmatan kurier dari Semenanjung Malaysia.

Beliau menegaskan, penyeludupan dadah bukan sahaja satu jenayah berat, malah mengancam keselamatan negara dan kesejahteraan masyarakat.

Sehubungan itu, JKDM menyeru orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau hadir ke mana-mana pejabat kastam berhampiran. Identiti pemberi maklumat dijamin dirahsiakan.

Related Posts

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

GEORGE TOWN – Audit struktur secara sistematik dan pemeriksaan berkala terhadap bangunan warisan di negeri ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan awam terutama membabitkan premis berusia puluhan hingga ratusan tahun.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak