Isu air UMS: Henti debat di media sosial, fokus penyelesaian bersama

KOTA KINABALU – Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Renddan minta pihak yang terlibat dengan kemelut isu bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) agar berhenti menggunakan media sosial sebagai ruang perdebatan dan saling menyalahkan antara satu dengan lain.

Tambahnya, isu yang terjadi di UMS ini bukanlah ruang menuding jari siapa yang salah sebaliknya turun padang bagi mencari penyelesaian bersama.

“Sudah, jangan saling tuding jari dan gunakan platform media sosial sebagai ruang berlawan, berdebat atau saling menyalahkan.

“Jabatan Air adalah jabatan yang bertanggungjawab untuk masalah air dan UMS pula adalah institusi pengajian tinggi yang menjadi antara sebuah prestij kebanggaan Sabah kerana melahirkan graduan.

“Tidak wajar untuk kedua-duanya saling terus menerus menggunakan media sosial dan menyalahkan satu sama lain,” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Fairuz berkata, langkah terbaik yang perlu dibuat oleh kedua-dua pihak adalah mencari jalan penyelesaian secara matang dan tidak memanjangkan isu tersebut hingga menimbulkan pelbagai masalah lain kelak.

“Dua-dua perlu jumpa, cerita, bincang, turun dan tengok apa keadaan sebenar dan macam mana usaha yang paling terbaik yang boleh dilakukan.

“Tidak perlu berperang aku salahkan kau, kau salahkan aku, berlawan sampai bila dan masalah pula macam mana mahu selesai?

“Tindakan terbaik adalah, jangan lagi bermain emosi dan jadikan sosial media sebagai platform negatif,” tegasnya.

Related Posts

JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

PETALING JAYA – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor memberi kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan berhubung insiden salah laku membabitkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah menengah di Rawang yang tular…

Lebih lanjut

teruskan membaca
YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

SHAH ALAM – Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) berjaya melaksanakan Program Pra Saringan Murid Prasekolah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melibatkan kesemua 13 prasekolah di bawah pentadbiran JAIS di seluruh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran

AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran

Undi PH naik hampir 67 peratus, rakyat Johor masih beri kepercayaan

Undi PH naik hampir 67 peratus, rakyat Johor masih beri kepercayaan

JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS