SWCorp Pahang pilih Kuantan 188 sambut Ulang tahun ke-17

KUANTAN – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang memilih menara Kuantan 188 sebagai lokasi sambutan ulang tahun ke-17, hari ini.

Pemilihan Kuantan 188 dibuat sebagai simbolik hubungan rapat menara itu sebagai antara rakan strategik mereka.

Pengarah SWCorp Pahang, Sharudin Hamid berkata, pihaknya melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperkukuhkan sistem pengurusan sisa negara.

“Kita bermula pada 1 Jun 2008 dengan mengambil alih tanggungjawab pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) mengikut Akta 672.

“Sejak itu, SWCorp terus diberi kepercayaan dan kini beroperasi di tujuh negeri di Semenanjung Malaysia, termasuk di Pahang,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Sambutan hari ulang tahun itu turut dihadiri Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Tok Muda PPjB Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman; Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid), Yusof Kassim dan Pengurus (Promosi dan Perhubungan Awam) Kuantan 188, Ivy Wan.

Pelbagai acara menarik diadakan sepanjang sambutan antaranya peserta menggunakan tangga untuk ke menara tertinggi di Pantai Timur itu.

Turut diadakan sesi taklimat mengenai peranan SWCorp dan sumbangan yang boleh diberikan masyarakat setempat dalam memastikan kebersihan di kawasan mereka lebih terjamin.

SWCorp dalam pada itu turut terbabit secara langsung dalam agenda Kerangka Malaysia Bersih MADANI 2026-2030.

Empat objektif utama digariskan dalam kerangka antaranya menjadikan Malaysia lebih pintar dan bersih melalui penyampaian perkhidmatan cekap dan efisien.

Selain itu, kerangka terbabit turut memberi penekanan kepada perubahan sektor pembersihan sisa pepejal daripada kegiatan ekonomi linear kepada ekonomi kitaran.

Ini bermakna pengurusan sisa pepejal yang lestari dapat memberi pulangan kepada orang ramai dan menjadi sumber pendapatan sampingan mereka.

Related Posts

Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

SANDAKAN – Cadangan menaik taraf terminal Lapangan Terbang Sandakan dilihat tepat pada masanya bagi menyokong perkembangan sektor pelancongan menjelang kempen Visit Sabah Year 2027. Presiden Persatuan Pelancongan Sandakan (STAN), Teo…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

KUANTAN – Kira-kira 10,000 belia berusia antara 13 hingga 30 tahun memeriahkan Fiesta Rakan Muda @ Pahang 2026 yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

  • By Fandi
  • September 13, 2026
Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

‘Guru minta izin nyanyi kejap’, lagu Hindi klasik dendangan Anwar curi perhatian

‘Guru minta izin nyanyi kejap’, lagu Hindi klasik dendangan Anwar curi perhatian