Polis rampas dadah bernilai RM119,400, dua lelaki ditahan di Penampang

PENAMPANG – Polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM119,400 dalam satu serbuan di premis hiburan di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, dalam serbuan itu pihaknya turut menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah yang masing-masing 31 dan 49 tahun.

“Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang telah berjaya membuat rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM119,400 dalam satu serbuan di premis hiburan, di Penampang.

“Hasil pemeriksaan pihak Polis berjaya menjumpai serbuk dadah dipercayai estasi seberat 5,727 gram (g), dadah jenis ketamin seberat 32.58g, pil eremein 5 sebanyak 18 biji seberat 6.23g dan pil ekstasi 11 biji seberat 5g,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.

Jelasnya, saringan ujian air kencing mendapati suspek pertama positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine manakala suspek kedua positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan ketamin.

“Salah seorang suspek juga didapati mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah,” tambahnya.

Katanya, kedua-dua suspek telah dibawa ke IPD untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

TAWAU – Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III bernilai RM450.5 juta iaitu pembinaan Empangan Air yang membekal air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 1 dan 2…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan