MICE 2025 catat potensi urus niaga RM2.27 juta

KOTA KINABALU – Pameran Koko Antarabangsa Malaysia (MICE) 2025 membuka lembaran baharu buat industri koko negara dengan merekodkan potensi perniagaan berjumlah RM2.27 juta menerusi Program Perolehan Antarabangsa Maya (INSP) yang diadakan awal bulan ini bersama MATRADE.

Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM), Datuk Matbali Musah berkata, pameran ini merupakan antara acara utama dalam Pesta Koko Antarabangsa Malaysia (MICF) 2025 yang bertujuan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pemain penting dalam industri koko global.

“Bertemakan ‘MyCocoa: Indulge, Meet and Connect’, pameran ini menjadi platform dinamik untuk para pengunjung menikmati pelbagai produk koko dan coklat berkualiti tinggi, berinteraksi dengan rakan niaga berpotensi serta menjalin hubungan dengan pemimpin industri.

“Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung seperti sampel coklat, jualan produk, pavilion maklumat, terowong ilmu, pertandingan, demonstrasi dan cabutan bertuah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Pembukaan Malaysian International Cocoa Exhibition 2025 (MICE) 2025, di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini pada Ahad.

Tambahnya, beliau berharap pengunjung mendapat ilmu tentang koko dan potensinya, manakala pempamer pula berpeluang meluaskan pasaran, menjalin jaringan perniagaan dan menarik pelaburan.

“Tahniah kepada Jawatankuasa Penganjur MICF 2025 yang diketuai oleh Ketua Pengarah LKM, Datuk Ramle Kasin atas usaha gigih mereka dalam menganjurkan acara ini,” ujarnya.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kerajaan Negeri Sabah, semua rakan strategik dan penaja atas sokongan yang diberikan.

Related Posts

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

PUTRAJAYA – Malaysia menggesa semua pihak berkaitan mengambil tindakan segera bagi memastikan keselamatan aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), termasuk 10 rakyat negara ini yang kini ditahan tentera Israel.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

MUKAH – Tahap pengetahuan kesihatan dalam kalangan masyarakat perlu dipertingkatkan bagi memastikan mereka benar-benar memahami risiko penyakit, termasuk cara pencegahan yang betul. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

11 penempatan setinggan berisiko kebakaran dikenal pasti di Kapayan

11 penempatan setinggan berisiko kebakaran dikenal pasti di Kapayan

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa