RM300 juta Skim Pendidikan Percuma IPT anak Sarawak mulai 2026

KUCHING – Sarawak akan memperkenalkan Skim Pendidikan Percuma Pengajian Tinggi (FTES) bermula tahun 2026 dengan peruntukan sebanyak RM300 juta bagi manfaat kira-kira 10,000 anak Sarawak.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, skim itu memberi tumpuan kepada pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Antara kursus yang terlibat ialah perubatan, undang-undang, kejuruteraan, kewangan dan psikologi.

“Skim ini dilaksanakan di empat universiti milik penuh Sarawak iaitu Swinburne University of Technology, Curtin University Malaysia, University of Technology Sarawak dan i-CATS University College,” katanya kepada media selepas sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Isnin.

Beliau berkata, selain pengecualian yuran pengajian, pelajar daripada isi rumah berpendapatan per kapita RM1,500 ke bawah sebulan turut akan menerima elaun sara hidup sebanyak RM15,000 setahun.

Jelasnya, inisiatif itu mencerminkan komitmen kerajaan Sarawak dalam memperkasa modal insan serta menyokong agenda pembangunan Sarawak menjelang 2030.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak