Geng Raji pecah rumah, kebas tong gas tumpas dalam Ops Pintu

SUNGAI PETANI – Dua anggota Geng Raji yang aktif melakukan kes pecah rumah dan mencuri tong gas diberkas dalam Ops Pintu baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, suspek warga tempatan berusia 30 dan 36 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini, dan turut dikesan positif dadah.

Menurutnya, polis turut merampas peralatan pecah rumah, vest pengawal keselamatan, mesin pencanai (grinder), water jet, tong sabun, sebuah kereta dan satu peket plastik berisi ketulan dadah disyaki syabu seberat 0.41 gram.

“Kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine, malah mereka juga mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah,” katanya kepada media hari ini.

Menurutnya lagi, polis turut menahan seorang lagi lelaki berusia 45 tahun yang merupakan pembeli tong gas, termasuk 21 tong gas yang turut disita.

Dalam perkembangan lain, menerusi Ops Sentap yang dilaksanakan pada 20 Mei lalu, dua lelaki tempatan berusia 28 dan 29 tahun yang dipercayai aktif dalam kegiatan samun dan ragut di sekitar daerah ini turut ditahan.

“Penahanan dua anggota Geng Emy ini membantu polis menyelesaikan empat kes ragut. Modus operandi mereka adalah menyamun beg tangan wanita yang diletakkan dalam bakul motosikal.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah, malah kedua-duanya juga positif dadah jenis methamphetamine. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun sehingga mendatangkan kecederaan,” katanya.

Related Posts

Liga Rakyat Pahang 1st semarak kembali bola sepak Pahang

KUANTAN – Liga Rakyat Pahang 1st Piala Sultan Abdullah yang julung kali diperkenalkan menjadi platform baharu dalam usaha kerajaan negeri menyemarakkan semula sukan bola sepak negeri ini. Exco Komunikasi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sultan Pahang berkenan lancar Liga Rakyat Pahang 1st

KUANTAN – Lebih 30,000 penonton memeriahkan pelancaran Liga Bola Sepak Rakyat Pahang Edisi Pertama, sempena merebut Piala Al-Sultan Abdullah 2026 di Stadium Darul Makmur, di sini malam tadi. Kemeriahan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Liga Rakyat Pahang 1st semarak kembali bola sepak Pahang

Liga Rakyat Pahang 1st semarak kembali bola sepak Pahang

Sultan Pahang berkenan lancar Liga Rakyat Pahang 1st

Sultan Pahang berkenan lancar Liga Rakyat Pahang 1st

Proses turun takhta Yang di-Pertuan Besar langgar tujuh tegahan Adat Pepatih, ketepikan peranan Ibu Soko

Proses turun takhta Yang di-Pertuan Besar langgar tujuh tegahan Adat Pepatih, ketepikan peranan Ibu Soko

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal