[TIDAK RASMI] Fahmi Fadzil, Adam Adli antara 20 teratas saingan MPP PKR

JOHOR BAHRU – Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil, dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim, dilaporkan berada dalam kelompok 20 calon teratas bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR setakat malam ini.

Fahmi sebelum ini memilih untuk tidak bertanding jawatan Naib Presiden PKR, berbeza dengan penyertaannya dalam pemilihan parti tahun 2022.

Adam Adli pula bertanding jawatan MPP selepas usianya melebihi 35 tahun, menyebabkan beliau tidak lagi layak mempertahankan jawatan Ketua AMK yang disandangnya.

Setakat jam 7.30 malam, antara yang turut berada dalam senarai 20 teratas ialah bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, serta Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Chan Ming Kai.

Turut menonjol dalam senarai ini ialah ADUN Lembah Jaya, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet, yang juga Ketua Cabang PKR Ampang.

Beberapa pemimpin lain seperti Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, dan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, turut mencatat kedudukan dalam kelompok teratas.

Related Posts

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

KUALA LUMPUR – Dakwaan campur tangan Amerika Syarikat (AS) memberi bantuan kepada Pas untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia pada 2014 bukan isu yang boleh didiamkan hampir sedekad sebelum didedahkan susulan menyentuh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

KERJASAMA politik antara parti di Malaysia wajar diberikan lebih fleksibiliti selepas pilihan raya bagi membolehkan pembentukan kerajaan dibuat berdasarkan keputusan mandat rakyat, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perlis, Noor Amin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar