Christina tinjau projek kemajuan jeti di Kg Numbak

KOTA KINABALU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api, Datuk Christina Liew mengadakan lawatan kerja ke Kampung (Kg) Numbak bagi meninjau kemajuan jeti kampung yang diperluaskan sebanyak 50 kaki.

Menurut Christina, jeti yang lebih luas dapat mengurangkan risiko keselamatan dan memberikan keselesaan kepada pelajar serta penduduk kampung.

“Jeti ini merupakan kemudahan pergerakan pergi dan balik penduduk terutamanya pelajar sekolah,” katanya dalam kenyataan, di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Ketua Penyelaras Kg Numbak bagi DUN Api-Api, Rano Buisay merakamkan penghargaan kepada Christina Liew atas usaha menaik taraf jeti kampung berkenaan yang kini mampu memuatkan tiga buah bot serentak berbanding hanya sepuluh kaki panjang sebelum.

“Penduduk kampung amat gembira dengan kemudahan baharu itu,” katanya.

Selain itu, Christina turut meninjau jambatan kayu sepanjang 100 kaki yang baru siap dibina bagi menggantikan jambatan lama yang rosak.

“Sebuah jambatan kayu uzur sepanjang 200 kaki juga telah dibaiki di kampung berkenaan,” ujarnya.

Christina turut diiringi oleh Setiausaha Politik, Vivien Lee Mee Peng serta Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Api-Api, Theresa Chong Mui Lan dalam lawatan tersebut.

Related Posts

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

SIBU – Niat untuk menyertai lelongan barangan antik membawa padah apabila seorang pengarah syarikat pembinaan kerugian RM222,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan tidak wujud secara dalam talian. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

KANGAR – Kewujudan elemen promosi platform perjudian dalam aktiviti sukan di negeri ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya melibatkan golongan belia. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perlis, Saiful Fariddil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan