Karnival Pendidikan, Kerjaya Lawas dedah peluang kepada belia tempatan

LAWAS: Karnival Pendidikan dan Kerjaya yang berlangsung di Dewan Hotel Seri Malaysia Lawas dapat memberikan pengetahuan kepada golongan belia untuk melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

Karnival ini dirasmikan oleh Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok mewakili Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong

“Golongan belia di Lawas mengambil peluang dan memanfaatkan program sebegini untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu kerjaya mereka pada masa akan datang.

“Penganjuran ini merupakan lokasi terakhir di Sarawak yang akan menutup tirainya di sini jadi rebutlah peluang ini untuk mendapatkan info berkenaan melanjutkan pengajian ke peringkat univerisiti atau kolej sebagai persiapan pada masa hadapan,” kata Pengurus Kanan TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) Fredick Kevin Buseli.

Sementara itu, Timbalan Pegawai Pendidikan Lawas Sektor Pembelajaran Ismail Bahrin berkata program ini diharap akan menjadi program tahunan terutama di Daerah Lawas kerana dapat memberikan maklumat kepada pelajar bagi melanjutkan pelajaran di dalam bidang TVET dan STEM.

Seramai 250 pengunjung terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah, ibu bapa, dan guru telah menghadiri program ini.

Pertandingan E-Sport Mobile Legend juga telah diadakan dimana seramai lapan pasukan telah menyertai pertandingan ini.

Turut hadir Penolong Pegawai Pertanian Kanan Doraup Mail, Penolong Pustakawan Miri Sarawak Muhammad Annwar Adenan, Ketua-ketua jabatan serta guru dan pelajar.

Related Posts

Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Penambahbaikan kelayakan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang tidak lagi terikat sepenuhnya kepada pemilik berdaftar merupakan langkah positif kerana lebih menepati realiti penggunaan kenderaan di Sabah dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

KOTA KINABALU – Pendekatan pengurusan sisa di Sabah perlu disesuaikan mengikut keperluan dan realiti setiap daerah berikutan cabaran di kawasan bandar, luar bandar, pesisir serta kepulauan yang berbeza. Pengerusi Institut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham