Surat Rafizi bukan eksklusif, tuduhan pejabat setiausaha agung PKR bocorkan tidak benar

PUTRAJAYA – Dakwaan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli bahawa surat beliau menolak menghadiri undangan merasmikan Kongres Pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita pada Khamis ini dibocorkan adalah tidak benar.

Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh berkata, tuduhan itu disifatkan tidak bertepatan susulan bukan diterima hanya ‘eksklusif’ untuk pihaknya
dan Presiden, Datuk Seri, Anwar Ibrahim menerima surat tersebut.

“Tidak benar (surat Rafizi) ia hanya dihantar kepada presiden parti dan setiausaha agung.

“Malahan, kandungan surat tersebut tidak pernah bocor dari pejabat setiausaha agung (PKR),” katanya ringkas kepada The Malaysia Press (TMP), hari ini.

Terdahulu, Rafizi mendedahkan telah menghantar surat kepada Presiden PKR, bagi menyatakan pendirian beliau untuk tidak memenuhi jemputan sebagai perasmi kongres tersebut, walaupun ia telah dipersetujui sebelum ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa, perkara tersebut sepatutnya sulit kerana surat pemakluman yang dihantarnya hanya ditujukan kepada Presiden PKR, dan salinan kepada Fuziah.

Penyandang Ketua AMK, Adam Adli mengesahkan perkara itu dan telah menerima salinan surat berkenaan daripada Rafizi.

Beliau mengharapkan agar Rafizi dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak merasmikan Kongres Nasional sayap AMK dan Wanita yang dijadualkan berlangsung pada 22 Mei ini.

Katanya, kehadiran penyandang Timbalan Presiden PKR Itu sebagai perasmi adalah penting bagi mengekalkan tradisi parti yang telah berlangsung sejak sekian lama.

Difahamkan, keputusan Menteri Ekonomi itu dikaitkan dengan peningkatan sokongan terhadap pencabarnya, Nurul Izzah Anwar yang juga anak kepada Presiden PKR dan Perdana Menteri, serta Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari yang dijangka kekal mempertahankan jawatan.

Turut dilaporkan, Rafizi tidak dijemput menghadiri majlis pelancaran jentera pilihan raya PKR Sabah di Kota Kinabalu semalam, yang dipercayai menambah ketegangan dalam kempen pemilihan parti.

Related Posts

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

KUALA LUMPUR – UMNO perlu berdepan realiti semasa dengan lebih berkesan bagi memperkukuh kedudukan parti, khususnya dalam menangani kebimbangan masyarakat Melayu terhadap isu-isu yang memberi kesan langsung kepada kehidupan harian.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎UMNO 80 tahun: Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎

KOTA KINABALU — Sempena ulang tahun UMNO yang ke-80 pada 11 Mei ini, parti itu kini berada di persimpangan penting yang menuntut bukan sahaja muhasabah terhadap legasinya, malah perubahan strategik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

‎UMNO 80 tahun: Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎

‎UMNO 80 tahun:  Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎

UMNO raih lonjakan keahlian baharu hampir 14,000 orang

UMNO raih lonjakan keahlian baharu hampir 14,000 orang