Hajiji raikan suara pempengaruh, perkasa usaha seni dan keusahawanan

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor terus mendengar permintaan golongan pempengaruh dan pengkarya seni tempatan melalui sokongan kepada usaha mereka dalam bidang keusahawanan dan pembangunan industri kreatif di negeri ini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri sentiasa melihat keperluan rakyat termasuk golongan seni dan pempengaruh bagi sama-sama membangun negeri mengikut kapasiti masing-masing.

“Keperluan serta permintaan golongan pengkarya dan pempengaruh akan terus mendapat perhatian kerajaan negeri bagi mengangkat hasil karya mereka sekali gus memartabat industri seni di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Program Santai YAB Ketua Menteri Bersama Pempengaruh Sabah 2025 di North Borneo Cruise, di sini pada Ahad.

Program anjuran Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri Sabah itu menghimpunkan lebih 70 orang pempengaruh terkenal, sebagai usaha berterusan untuk mendekatkan dan menyemarakkan lagi kebersamaan di antara kerajaan dan rakyat di negeri ini.

Pada majlis tersebut, pempengaruh berpeluang menyampaikan pandangan dan aspirasi golongan itu bagi mengangkat peranan mereka secara lebih signifikan di negeri ini.

Antara isu yang dibangkitkan ialah cadangan penubuhan entiti bagi menyelaras gerak kerja golongan kreatif di Sabah, termasuklah inisiatif yang menyokong usaha keusahawanan dalam kalangan pempengaruh tempatan.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16