Akademi Mineral Pahang bekal tenaga mahir

KUANTAN – Kerajaan Pahang menubuhkan Akademi Mineral Malaysia Pahang bagi meningkatkan latihan kemahiran dalam bidang mineral, termasuk untuk pekerja sedia ada dalam industri perlombongan dan pengkuarian.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, akademi itu berfungsi sebagai sebuah pusat pembinaan kapasiti yang holistik di Pahang dan Malaysia.

Malah, beliau berkata, ia disasarkan menjadi pusat kecemerlangan bertaraf global dalam menyediakan modal insan dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berkualiti tinggi, inovatif serta relevan dalam industri mineral negara.

“Pusat ini menyediakan program latihan komprehensif dan bersepadu bagi membangunkan tenaga kerja kompeten, berkemahiran tinggi serta berpengetahuan dalam industri mineral.

“Kursus disediakan memberi penekanan kepada inovasi, keselamatan serta kelestarian alam sekitar, di samping kerjasama erat antara industri dengan akademi dalam memperkasakan sektor mineral negara,” katanya.

Wan Rosdy berkata, akademi itu mempunyai tiga bilik kuliah, makmal komputer dan tenaga pengajar berkelayakan.

Beliau berkata, kemudahan terbabit dilengkapi 23 unit komputer berprestasi tinggi, sekali gus memastikan setiap peserta mendapat akses penuh kepada kemudahan pembelajaran digital.

Katanya, orang ramai yang berminat menceburi bidang perlombongan mineral wajar menimba ilmu pengetahuan dari aspek prosedur operasi standard (SOP) yang betul bagi menjaga keselamatan dan tatacara perlombongan.

Related Posts

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

ALOR SETAR – Lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul isterinya sehingga keguguran di Sungai Petani didapati mempunyai empat rekod jenayah termasuk kes mencederakan beberapa isteri lain serta teman wanitanya. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

KANGAR – Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan (AMH) Perlis, Azzin Izzad Bahanudin memangku jawatan Ketua AMH negeri itu berkuat kuasa serta-merta susulan peletakan jawatan Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad. Peletakan jawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI