Pertandingan karom Hasrat MADANI Kangar tarik lebih 200 peserta

KANGAR – Pertandingan karom Hasrat MADANI Parlimen Kangar berjaya menghimpunkan seramai 208 peserta dari tiga negeri iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sekali gus menjadikannya antara acara paling rancak dalam kalangan peminat sukan ‘indoor’ itu sejak sekian lama.

Penyelaras program, Saidatunurrisyam Saidin berkata, sambutan luar biasa ini membuktikan aktiviti berbentuk riadah seperti karom mampu menarik minat pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan muda.

“Pertandingan ini bukan sekadar hiburan tetapi turut diselitkan dengan saringan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kangar serta aktiviti positif lain yang menjurus kepada gaya hidup sihat dan selain mendapat maklumat terkini mengenai isu semasa di negara ini..

“Acara tersebut menawarkan hadiah wang tunai RM1,200 untuk johan, RM600 bagi naib johan manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing membawa pulang RM300,” katanya ketika ditemui.

Tambahnya, paling penting, program sebegini perlu dijadikan acara berkala kerana ia mampu mencegah golongan muda daripada terjebak dengan gejala sosial apabila mereka diberi ruang menyertai aktiviti sihat seperti bermain karom.

Program Hasrat MADANI adalah antara inisiatif Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) untuk mendekati komuniti bagi menyampaikan maklumat tepat berkaitan pelbagai kemudahan disediakan kerajaan untuk mereka.

Melalui penganjuran program itu juga, masyarakat dapat berkongsi pandangan mereka mengenai perkara yang perlu dilakukan kerajaan bagi meningkatkan lagi kualiti hidup mereka.

Kumpulan sasar juga turut mendapat penjelasan isu luar dan dalam negara, langkah diambil kerajaan serta hasrat Kerajaan MADANI itu sendiri terus kepada komuniti yang disampaikan Pengarah Operasi JKOM negeri.

Dalam pada itu, Saidatunurrisyam turut berterima kasih kepada JKOM negeri kerana menjadi antara penggerak menganjurkan pertandingan karom yang diadakan semalam.

“Komuniti karom di kawasan Kurang Batang inj ini sebenarnya telah bermula sejak dahulu lagi dan komuniti digalakkan untuk menganjurkan latihan dan aktiviti pada waktu malam.

“Di kawasan Kurong Batang misalnya, kami bermula hanya dengan dua set papan karom, kini berkembang kepada 16 set hasil daripada kutipan yuran penyertaan dan sokongan komuniti yang aktif,” ujarnya.

Jelasnya lagi, permainan karom bukan sahaja diminati golongan remaja, malah turut disertai oleh kanak-kanak dan warga emas yang turut memeriahkan suasana.

Katanya lagi, mereka turut bercadang memperluaskan lagi penganjuran aktiviti seumpama ini agar menjadi salah satu platform pengukuhan komuniti serta melahirkan atlet sukan ‘indoor’ ini ke peringkat lebih tinggi.

Related Posts

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

KOTA SAMARAHAN – Tiga penuntut Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mencipta kejayaan apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan IC Design Competition 2025 (ICDC25) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

KOTA KINABALU – Sabah merekodkan 484,699 ketibaan pelawat dari China bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, meningkat 25.5 peratus berbanding 386,217 ketibaan dalam tempoh sama pada tahun lalu. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini