Pelbagai inisiatif kerajaan dikongsi melalui program Hasrat MADANI

KUANTAN – Program Hasrat MADANI adalah platform paling tepat untuk menyampaikan maklumat berkaitan pelbagai inisiatif disediakan kerajaan kepada rakyat.

Ia juga membuka ruang kepada masyarakat setempat mengenali dan memahami peranan dimainkan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM).

Menerusi dua siri penganjuran Hasrat MADANI bagi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota, banyak maklumat dapat disampaikan dan dikongsi antara pegawai lapangan JKOM bersama komuniti.

Bagi sesi Hasrat MADANI Parlimen Kuantan, lebih 50 pemimpin setempat dan badan bukan kerajaan (NGO) mengikuti bengkel anjuran JKOM dengan kerjasama Ahli Majlis Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Fakhrul Anuar Zulkawi.

Bengkel yang diadakan semalam di bilik mesyuarat utama MBK itu menampilkan dua ahli panel daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Unit Penyelarasan Pembangunan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Menerusi bengkel berkenaan, peserta didedahkan dengan pelbagai inisiatif dan geran disediakan Kerajaan MADANI bagi tujuan meningkatkan ekonomi setempat.

Antaranya, geran tahunan untuk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Bantuan Kewangan Program Perpaduan (BKPP) di bawah Kementerian Perpaduan.

“Nilai untuk geran KRT boleh dimohon sepanjang tahun melalui KRT masing-masing, manakala untuk BKPP pula, nilai bantuan mencecah RM50,000 dan boleh dikemukakan melalui laman sesawang Kementerian,” kata Mohd Fahmi Ibrahim selaku panel daripada JPNIN.

Untuk program komuniti pula, geran sehingga RM100,000 boleh dimohon menerusi wakil komuniti setempat.

Ia adalah untuk memulakan projek seperti pertanian, eko pelancongan dan ternakan.

Bantuan ini diselaraskan oleh ICU Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan.

Turut hadir pada bengkel di MBK adalah Pengarah Zon Timur JKOM, Ali Muda; Pengarah Operasi Negeri JKOM Pahang, Muhayudin Salleh dan dirasmikan Setiausaha Politik Menteri Komunikasi, Izhar Yusof.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP