Hujan lebat, angin kencang, hampir 50 rumah rosak, empat cedera

IPOH – Hujan lebat berserta ribut selama hampir dua jam pada petang Sabtu mengakibatkan kerosakan rumah, pokok tumbang dan kecederaan di beberapa lokasi sekitar Gugusan Manjoi, di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian sekitar jam 5 petang.

“Ribut kuat telah melanda kawasan Lebuh Rajawali, Kampung Dato’ Ahmad Said Tambahan 2, dan mengakibatkan lapan buah rumah mengalami kerosakan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Dalam kejadian berasingan di Jalan St John, lima individu cedera selepas bumbung sebuah garaj rumah kosong jenis separuh kekal runtuh ketika mereka berteduh daripada hujan lebat.

“Ketika pasukan bomba tiba di lokasi, seorang mangsa ditemui selamat tanpa kecederaan, manakala empat lagi telah dikeluarkan oleh orang awam dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” jelasnya.

Beliau memaklumkan, tiga lelaki hanya mengalami kecederaan ringan, sementara seorang lagi mangsa dilaporkan patah tangan.

Sementara itu, sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki dua beranak di Jalan Raja Ashman Shah berhampiran Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Menurut Sabarodzi, pemandu berusia 33 tahun dan anak lelakinya berumur tiga tahun berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pokok yang tumbang turut menghalang laluan. Operasi pemotongan dahan dijalankan menggunakan gergaji berantai dan parang bagi mengalihkan kenderaan serta membuka laluan yang terhalang,” katanya.

Secara keseluruhan, dianggarkan sebanyak 50 buah rumah mengalami kerosakan akibat kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan Gugusan Manjoi.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik