Taktik sembunyi, seludup 1,428 peket minyak masak dalam plastik hitam gagal

LAHAD DATU – Taktik menyembunyikaan minyak masak peket dalam plastik hitam untuk diseludup ke negara jiran gagal selepas dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Lahad Datu.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, rampasan hasil risikan dan operasi berimpak tinggi itu dibuat kira-kira pukul 6 pagi di 0.2 batu nautika dari Selatan Tanjung Batu, pada Sabtu.

“Bot peronda Maritim mengesan sebuah bot mencurigakan dan sebaik menyedari pasukan penguat kuasa, bot terbabit bertindak melarikan diri ke arah darat sebelum juragan nekad terjun ke laut dan lolos.

“Pemeriksaan ke atas bot itu menemui 84 kotak minyak masak peket satu kilogram yang disorokkan dalam beg plastik hitam,” katanya dalam kenyataan media, pada Sabtu.

Menurut Dzulfikhar, kesemua barang rampasan termasuk bot dibawa ke Jeti Pos Maritim FELDA Sahabat untuk tindakan lanjut.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk bot tersebut mencecah RM10,000 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana cubaan menyeludup barang kawalan bersubsidi tanpa kebenaran pihak berkuasa,” katanya.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik