SMK Saribas terima manfaat projek sekolah daif luar bandar

DEBAK – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saribas kini berwajah baharu apabila menerima manfaat daripada pelaksanaan Projek Sekolah Daif Sarawak (2021) yang siap sepenuhnya yang menjadi tanggunjawab Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai agensi pelaksana.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek berkenaan dilaksanakan oleh Pasukan Projek Khas, JKR bermula Mac 2023 dengan peruntukan berjumlah RM10.15 juta.

“Projek ini menggunakan kaedah reka dan bina, dilaksanakan oleh Blackfox Engineering Sdn. Bhd. sebagai kontraktor utama dan berjaya disiapkan sepenuhnya dengan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) dikeluarkan pada 4 Mac 2025,” katanya ketika berucap pada Majlis Serahan Projek Daif Sarawak (2021) di SMK Saribas, Debak pada Sabtu.

Antara skop utama projek ialah pembinaan satu unit dewan tertutup, dua bilik darjah baharu, satu bilik Pendidikan Seni Visual serta dua unit rumah guru kelas F.

Kerja pembinaan turut melibatkan perobohan Blok SAGA dan sebuah kuarters lama yang tidak lagi sesuai diduduki bagi memberi laluan kepada pembangunan struktur baharu yang lebih moden dan selamat.

“Projek ini turut mengadaptasi pendekatan ESG – Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus – yang ditetapkan JKR. Pendekatan ini memastikan bangunan yang dibina memenuhi keperluan pendidikan semasa, bersifat mampan, mesra alam, ergonomik serta mudah diselenggara,” ujarnya.

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Datuk Ricky@Mohammad Razi Sitam; Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1 JKR Malaysia, Datuk Ar. Idr. Azman Md Hashim; Setiausaha Bahagian Pembangunan KPM, Datuk Masyati Abang Ibrahim; Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 2 JKR Malaysia, Datuk Ir. Jasmi Wahab; dan Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan JKR Malaysia, Datuk Ir. Dr. Balamurugan Gopal.

Related Posts

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk