Perlis haramkan penjualan vape mulai 1 Ogos depan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis akan melaksanakan pengharaman penjualan rokok elektronik atau vape bermula 1 Ogos ini di seluruh negeri.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, keputusan itu selaras dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada tahun 2022 yang mengharamkan penggunaan vape di negeri ini.

“Larangan tersebut turut dibuat susulan kebimbangan terhadap peningkatan penggunaan vape dalam kalangan remaja yang kini dianggap sebagai ancaman serius kepada generasi muda.

“Walaupun tidak dapat membanteras penggunaan vape secara menyeluruh, namun sekurang-kurangnya kita ambil langkah awal untuk menyelamatkan anak-anak muda kita,” katanya di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Pada April lalu, seorang pelajar tingkatan tiga pula dilaporkan diserang sawan selepas disyaki menghisap vape di dalam tandas sekolah.

Johor menjadi negeri pertama yang melaksanakan larangan penuh penjualan vape sejak 2016, diikuti oleh Kelantan dan Terengganu atas faktor kesihatan dan panduan syariah.

Melaka pula dilaporkan sedang mempertimbang pelaksanaan larangan di kawasan tertentu, manakala Selangor dalam proses merangka kawalan lebih ketat menerusi pihak berkuasa tempatan.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Shukri menyeru semua peniaga dan pengusaha vape di negeri ini agar bersedia untuk beralih kepada perniagaan lain apabila larangan dikuatkuasakan kelak.

“Majlis Perbandaran Kangar (MPK) juga tidak akan mengeluarkan lesen baharu bagi tujuan tersebut (penjualan vape) selepas tarikh itu. Di Perlis, terdapat kurang 50 premis berkaitan yang beroperasi di negeri ini,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri turut berharap Kerajaan Persekutuan mengambil langkah sewajarnya untuk menangani penjualan vape secara dalam talian yang masih berleluasa.

Related Posts

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

USAHA memperkasakan pendidikan digital selari dengan aspirasi Belanjawan MADANI 2027 turut mendapat sokongan menerusi inisiatif TAVIS Education yang menyediakan kemudahan pembelajaran secara percuma bagi membantu pelajar menguasai pelajaran dengan lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

TAWAU – Markas 13 Briged Infantri Malaysia yang berpangkalan di Kem Cenderawasih, Lahad Datu dirancang untuk dipindahkan ke Kem Kukusan, Tawau atas faktor kesesuaian taktikal dan strategik Tentera Darat. Panglima…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72kg ganja

Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72kg ganja