Perlis haramkan penjualan vape mulai 1 Ogos depan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis akan melaksanakan pengharaman penjualan rokok elektronik atau vape bermula 1 Ogos ini di seluruh negeri.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, keputusan itu selaras dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada tahun 2022 yang mengharamkan penggunaan vape di negeri ini.

“Larangan tersebut turut dibuat susulan kebimbangan terhadap peningkatan penggunaan vape dalam kalangan remaja yang kini dianggap sebagai ancaman serius kepada generasi muda.

“Walaupun tidak dapat membanteras penggunaan vape secara menyeluruh, namun sekurang-kurangnya kita ambil langkah awal untuk menyelamatkan anak-anak muda kita,” katanya di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Pada April lalu, seorang pelajar tingkatan tiga pula dilaporkan diserang sawan selepas disyaki menghisap vape di dalam tandas sekolah.

Johor menjadi negeri pertama yang melaksanakan larangan penuh penjualan vape sejak 2016, diikuti oleh Kelantan dan Terengganu atas faktor kesihatan dan panduan syariah.

Melaka pula dilaporkan sedang mempertimbang pelaksanaan larangan di kawasan tertentu, manakala Selangor dalam proses merangka kawalan lebih ketat menerusi pihak berkuasa tempatan.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Shukri menyeru semua peniaga dan pengusaha vape di negeri ini agar bersedia untuk beralih kepada perniagaan lain apabila larangan dikuatkuasakan kelak.

“Majlis Perbandaran Kangar (MPK) juga tidak akan mengeluarkan lesen baharu bagi tujuan tersebut (penjualan vape) selepas tarikh itu. Di Perlis, terdapat kurang 50 premis berkaitan yang beroperasi di negeri ini,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri turut berharap Kerajaan Persekutuan mengambil langkah sewajarnya untuk menangani penjualan vape secara dalam talian yang masih berleluasa.

Related Posts

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

KUANTAN – Semua institusi pendidikan di daerah Rompin dan Kuantan ditutup sementara esok sehingga tarikh yang akan dimaklumkan. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang dalam kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Guru rempuh dua pelajar hingga maut didakwa esok

KOTA BHARU – Seorang guru wanita berusia 57 tahun yang terbabit dalam kejadian merempuh dua pelajar Tingkatan Satu di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas pada April lalu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Guru rempuh dua pelajar hingga maut didakwa esok

Guru rempuh dua pelajar hingga maut didakwa esok

‘Telur emas’ perlu dikongsi dengan rakyat, bukan masuk poket sendiri – Dr Zaliha tegur Hamzah

‘Telur emas’ perlu dikongsi dengan rakyat, bukan masuk poket sendiri – Dr Zaliha tegur Hamzah

Kembalikan GST bukan sekadar kutip hasil, enam perkara perlu diberi perhatian – Pakar

Kembalikan GST bukan sekadar kutip hasil, enam perkara perlu diberi perhatian – Pakar