Hajiji salur pelbagai bantuan, sumbangan kepada penduduk DUN Balung

TAWAU – Pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan disalurkan kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung menerusi Program Outreach Ketua Menteri bersama badan bukan kerajaan (NGO) di Dewan Terbuka, Taman Sri Balung, di sini, pada Ahad.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyempurnakan penyerahan kunci kepada 10 penerima Rumah Mesra SMJ dari kawasan berkenaan, serta menyerahkan tiga unit van jenazah kepada beberapa masjid tempatan.

Hajiji berkata, pelaksanaan program berkenaan adalah sebahagian daripada inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ 1.0: 2021-2025) yang berteraskan pembangunan mampan dan kebajikan rakyat.

“Antara tumpuan utama ialah Program Outreach Ketua Menteri bersama NGO dan usahawan muda luar bandar yang digerakkan melalui Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) dengan sasaran 5,000 peniaga muda di seluruh Sabah.

“Bagi DUN Balung, seramai 100 usahawan muda telah terpilih menyertai program ini,” katanya pada Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri kekal komited dalam merangka dan melaksanakan program berimpak tinggi, mampan dan inklusif demi manfaat rakyat di seluruh negeri.

Dalam pada itu, sumbangan kewangan turut disalurkan, termasuk RM1 juta kepada Hub Pemulihan Sri Stella dan RM500,000 kepada Koridor Respiratori Pantai Timur, Hospital Tawau.

Related Posts

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

BATU PAHAT – Pelbagai bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada rakyat membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

KEPUTUSAN Ketua Dewan Muslimat Pas Perlis, Husna Hashim menolak pelantikan sebagai Setiausaha Akhbar (SUA) Menteri Besar dilihat membuka ruang kepada pelbagai tafsiran politik mengenai tahap sebenar hubungan Pas dan Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha