PM zahir Hari Wesak angkat nilai universal

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Hari Wesak adalah peringatan penting terutamanya dalam mengangkat nilai-nilai universal.

Anwar berkata, ia meliputi persoalan serta prinsip belas, kerukunan dan kedamaian.

“Di Malaysia, sambutan Hari Wesak lantas mengajak serta menjentik nurani masyarakat untuk bersama menyemarak karamah insaniah dan menyuguh prinsip hormat yang tulus sesama insan di tengah kemajmukan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Perdana Menteri turut menyeru agar semua pihak menyemangati Hari Wesak sambil memelihara tradisi dan budaya inklusif negara.

“Justeru, saya menyeru semua kita untuk menyemangatinya demi negara yang berukun dan berpadu sambil mengekal tradisi dan budaya yang terangkum,” katanya.

Hari Wesak atau juga dikenali sebagai Vesak Day adalah hari yang sangat penting dalam kalendar penganut agama Buddha.

Ia adalah hari suci terpenting bagi penganut Buddha bagi memperingati kelahiran, pencerahan dan kematian Siddhartha Gautama iaitu pengasas agama Buddha.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung