Dari mekanik ke usahawan, produk sos cili Lurez tembusi pasaran Australia

TAWAU – Dari mekanik ke usahawan, Roy Wong Yau Chin, 52, membuktikan bahawa peralihan bidang pekerjaan tidak menjadi penghalang untuk menjadikan produk sos cili dengan jenama Lurez berjaya menembusi pasaran Australia.

Roy berkata, keputusan beralih bidang itu dibuat apabila faktor usia mula menyukarkan dia melakukan kerja-kerja berat.

“Saya ambil langkah baharu dengan menjual sayur-sayuran di Pasar IKS Tambunan dulu dan di situ saya menemui pelbagai bahan tempatan yang menginspirasikan idea pembuatan sos cili.

“Akhirnya saya terfikirlah macam mana nak olah bahan makanan itu dan saya belajar dari anak kawan yang belajar di Kolej Komuniti untuk ajar saya cara buat produk ini.

“Akhirnya produk pertama saya adalah sos cili tuhau pada 2021,” katanya kepada wartawan The Malaysia Press, pada Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 di sini pada Jumaat.

‘Lahirkan’ dua sos cili lain selepas hampir putus asa

Menurut Roy, dia juga pernah berputus asa selepas produk sos cili tuhau yang diusahakan bagi tempoh dua tahun pertama tidak mendapat sambutan ramai.

“Hampir-hampir putus asa selama dua tahun itu sebab kami proses hanya 10 botol pun dua tahun tidak habis juga.

“Tapi akhirnya saya dapatkan nasihat dari Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) Sabah untuk mempelbagaikan produk.

“Jadi saya hasilkan lagi sos cili kantan dan pada 2023, saya tambah lagi produk sos cili liposu,” katanya.

Jelas Roy, idea menghasilkan sos dari buah liposu timbul setelah seorang warga emas memperkenalkan buah tersebut di pasar sebelum membeli buah itu dari penduduk kampung sekali gus membantu mereka menjana pendapatan sampingan.

Hampas tuhau, kantan dan liposu jadi Sambal Trio-Umami

Bukan itu sahaja, hampas bahan-bahan utama (tuhau, kantan dan liposu) kini turut dimanfaatkan untuk menjadi satu lagi produk iaitu Sambal Trio-Umami.

“Setiap bulan, kira-kira 1,500 hingga 2,000 botol pelbagai sos dan sambal dihasilkan dengan jualan mencecah hampir RM5,000 sebulan.

“Saya bersyukur kerana walaupun permulaan sukar, kini produk kami sudah sampai ke Australia.

“Harapan saya, satu hari nanti, masyarakat Sabah dan rakyat Malaysia boleh bangga dengan produk-produk berasaskan buah asli Borneo ini,” tambahnya.

Produk Lurez kini boleh didapati di beberapa kedai sekitar Tambunan dan Ranau termasuk vendor tempatan atau boleh menempah secara terus kepada Roy.

Related Posts

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

KANGAR – Satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia ditemukan di sebuah kebun berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

ARAU – Seorang pelajar politeknik maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Jalan Changlun, Kuala Perlis berhampiran Kampung Banat, awal pagi tadi. Mangsa berusia 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu