PH, BN sepakat hadapi PRN17 Sabah

KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sepakat bekerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) di Sabah.

Menurut kenyataan bersama Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat pada 8 Mei.

“Mesyuarat kepimpinan tertinggi antara Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 8 Mei telah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama bagi menghadapi PRN17 Sabah.

“Bentuk kerjasama termasuk soal pengagihan kerusi dan perundingan dengan mana-mana parti lain akan diperincikan bersama di antara kepimpinan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional Negeri Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Tambahnya, segala bentuk kerjasama termasuk pengagihan kerusi dan perundingan dengan mana-mana parti lain, akan diperincikan secara bersama oleh kepimpinan PH dan BN Negeri Sabah dalam masa terdekat.

“Segala keputusan akan dimuktamadkan oleh kepimpinan tertinggi PH dan BN di peringkat kebangsaan,” ujarnya.

Related Posts

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

PENEMUAN serpihan seramik lama dan beberapa artifak di Bukit Batu Putih, Kuala Perlis mungkin kelihatan kecil pada pandangan biasa, namun di sebalik tinggalan itu tersimpan persoalan lebih besar mengenai sejarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Brunei, hari ini, bagi memulakan lawatan kerja dua hari sempena Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 (ALC-27) Malaysia-Brunei. Anwar yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

Jangan padam hakikat kedudukan Islam dalam Perlembagaan dengan slogan politik

Jangan padam hakikat kedudukan Islam dalam Perlembagaan dengan slogan politik

Rumah ibadat: Cari penyelesaian, bukan bakar sentimen – Pengerusi PH Perlis

Rumah ibadat: Cari penyelesaian, bukan bakar sentimen – Pengerusi PH Perlis