Befrienders seru semua pihak main peranan sokong rawatan kesihatan mental

KOTA KINABALU – Befrienders Kota Kinabalu menyeru agar semua pihak termasuk agensi kerajaan, NGO, majikan dan pendidik memainkan peranan memecah stigma, menyokong rawatan kesihatan mental serta mewujudkan akses kepada perkhidmatan sokongan.

Pengerusinya, Jessie Ting berkata, semua pihak di Sabah perlu berganding bahu menangani isu kehilangan nyawa akibat tekanan emosi yang semakin membimbangkan, susulan laporan insiden tragik yang tular di media sosial melibatkan beberapa daerah termasuk Tawau.

“Setiap kematian akibat bunuh diri merupakan kehilangan yang boleh dicegah dan memberi kesan mendalam kepada keluarga serta masyarakat.

“Bunuh diri bukan kegagalan moral, sebaliknya sering berpunca daripada masalah kesihatan mental yang tidak dirawat, tekanan emosi mendalam atau beban hidup yang melampau.

“Ramai sebenarnya tidak mahu mati, tetapi mahu keluar daripada kesakitan yang tidak tertanggung,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Menurutnya, antara tanda-tanda amaran awal yang perlu diberi perhatian termasuk keinginan untuk mati, menarik diri daripada pergaulan, perubahan emosi mendadak, memberikan barangan peribadi dan mencederakan diri sendiri.

“Sepanjang 18 tahun berkhidmat, kami melihat sendiri bagaimana sokongan emosi mampu menyelamatkan nyawa.

“Mereka yang menerima bantuan sering kali memilih untuk hidup dan mendapatkan rawatan,” kongsi beliau.

Tambahnya, Befrienders turut mengadakan sesi latihan hujung minggu ini, pada 11 dan 12 Mei, bagi memberi kesedaran tentang pencegahan bunuh diri serta kemahiran mengenal pasti tanda awal.

“Orang ramai yang berminat boleh menghubungi talian 016-8036945 atau 088-255788 atau menerusi Facebook Befrienders Kota Kinabalu.

“Kami juga menggesa media untuk melaporkan kes bunuh diri secara beretika dan bertanggungjawab.

“Elakkan tajuk sensasi dan maklumat terperinci kaedah, sebaliknya beri ruang kepada mesej bantuan dan harapan,” katanya.

Related Posts

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

SARATOK – Sepasang kekasih ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan di Kampung Gerigat, Kabong, pada Selasa. Kedua-dua suspek masing-masing lelaki tempatan berusia 31 tahun dari Kampung Nyabor dan wanita tempatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

SIBU – Seorang wanita warga emas berusia 78 tahun dilaporkan hilang dipercayai selepas keluar menuju ke kawasan kebun berhampiran Rumah Philip Kayak, Durin pada petang Rabu. Pusat Gerakan Operasi Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

AI bantu Selangor kesan pola aduan banjir, sampah haram dan jalan berlubang

AI bantu Selangor kesan pola aduan banjir, sampah haram dan jalan berlubang