Kerajaan belum cadang buka platform media sosial sendiri

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak bercadang membangunkan platform media sosial sendiri ketika ini biarpun terkilan dengan isu berat sebelah Meta Platforms Inc (Meta) baru-baru ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia bukanlah menjadi keutamaan bagi kerajaan buat masa ini.

Beliau berkata, pihaknya akui kos membina platform media sosial sangat tinggi dan keutamaan kerajaan adalah menyelesaikan isu lain yang lebih utama seperti sekolah daif.

“Kita tahu untuk mewujudkan platform bagi sejumlah rakyat pada ketika ini, pihak kerajaan perlu juga menyelesaikan banyak masalah lain seperti sekolah-sekolah daif.

“Jadi saya lihat keutamaan kerajaan bukan dalam membangunkan platform media sosial… bukan pada waktu ini,” katanya selepas majlis perhimpunan bulanan kementerian, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak melarang mana-mana pihak termasuk swasta di negara ini yang berhasrat membangunkan platform itu.

Dalam pada itu, Fahmi mengulangi pendirian bahawa kerajaan tidak akan menutup atau menyekat platform media sosial susulan beberapa isu sekatan dan penurunan kandungan terutama membabitkan hantaran di Facebook oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Related Posts

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Yayasan AIDS Malaysia (MAF) menjalinkan kerjasama strategik bagi memperkukuh inisiatif serta program advokasi berkaitan Program Dasar Dadah Malaysia (DPPM). Langkah tersebut dizahirkan menerusi kunjungan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Veteran ATM disaran ceburi sektor pengangkutan selepas bersara

PUTRAJAYA – Bakal pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disarankan terus menyumbang kepada ekonomi negara melalui peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan selepas tamat perkhidmatan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai