CFCI ruang kanak-kanak suara pandangan, cabaran

KOTA KINABALU – Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (CFCI) dibina atas landasan penyertaan inklusif yang memberi ruang kepada kanak-kanak untuk menyuarakan pandangan, berkongsi cabaran dan merangka penyelesaian.

Datuk Bandar Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, usahasama antara Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan The United Nations Children’s Fund (UNICEF) mencerminkan komitmen bersama untuk mengutamakan hak, perlindungan dan pembangunan menyeluruh kanak-kanak serta permulaan era baharu tadbir urus bandar berteraskan kanak-kanak.

“Kerjasama ini bukan sekadar simbolik. Ia mencerminkan penyelarasan nilai dan dasar bandar kita dengan Konvensyen Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan rangka kerja Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).

“Pembangunan mampan tidak dapat dipisahkan daripada pemerkasaan dan kesejahteraan kanak-kanak.

“Mereka adalah amanah masa kini dan harapan masa depan kita,” katanya semasa berucap dalam Majlis Menandatangani (MoU) Pelaksanaan CFCI antara Datuk Bandar Bandaraya Kota Kinabalu dengan UNICEF di sini pada Selasa.

Tambahnya, MoU ini asas kerjasama untuk analisis hak kanak-kanak oleh UNICEF bagi membentuk Pelan Tindakan Bandar Mesra Kanak-Kanak yang inklusif dan relevan di Kota Kinabalu.

“Dengan kepakaran teknikal UNICEF, kita akan memulakan analisis situasi hak kanak-kanak secara menyeluruh.

“Ini akan menjadi asas kepada Pelan Tindakan Bandar Mesra Kanak-Kanak yang inklusif, berdasarkan data dan relevan dengan konteks kanak-kanak di Kota Kinabalu.

“Kami juga akan membangunkan rangka kerja pemantauan dan penilaian yang bukan sahaja melihat kepada statistik, tetapi juga pengalaman sebenar dan maklum balas masyarakat khususnya daripada kanak-kanak sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Sabin berkata visi Kota Kinabalu untuk menjadi Bandar Mesra Kanak-Kanak selari dengan aspirasi SDG. 

“Sebuah bandar mesra kanak-kanak bermakna bandar yang menyokong kesihatan, memastikan akses kepada pendidikan, melindungi golongan rentan, memberi peluang saksama dan menyediakan persekitaran yang selamat dan inklusif,” ujarnya.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana