
KUANTAN – Seorang pengurus FELCRA dekat Lipis, direman enam hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa.
Perintah tahanan bermula hari ini hingga 11 Mei itu dikeluarkan Majistret Rosnaida Abdul Razak di Mahkamah Majistret Raub, pagi tadi.
Suspek berusia 43 tahun itu dikatakan meminta dan menerima rasuah antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan, sejak tahun 2023 hingga tahun lalu.
Terdahulu, suspek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika dipanggil untuk soal siasat di pejabat SPRM Raub, semalam.
Suspek dikatakan menerima suapan itu bagi membantu mendapatkan kerja untuk Syarikat Farith Engineering dan memudahkan urusan kerja Syarikat Farith Engineering di FELCRA Berhad Cawangan Sungai Temau, Kuala Lipis, Pahang.
Sumber SPRM Pahang memaklumkan, siasatan terhadap suspek dilakukan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.



