Sabah komited perluas kawasan Kinabalu UNESCO Global Geopark, Rizab Biosfera Banjaran Crocker

TUARAN – Kerajaan Sabah komited melindungi kekayaan alam semula jadi dengan memperluas kawasan Kinabalu UNESCO Global Geopark (KUGGP) serta Rizab Biosfera Banjaran Crocker.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, usaha itu sejajar dengan matlamat pembangunan lestari di bawah Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Pengiktirafan antarabangsa oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) terhadap Taman Kinabalu sebagai Tapak Warisan Dunia dan Global Geopark, serta Banjaran Crocker sebagai Rizab Biosfera, meletakkan Sabah antara tiga kawasan di dunia yang menerima gelaran ‘Triple Crown of UNESCO’.

“Ini bukan sahaja satu penghormatan, tetapi juga satu tanggungjawab besar. 

“Kita mesti memperkukuh asas saintifik, meningkatkan kesedaran awam serta memelihara sumber semula jadi secara berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Proses Konsultasi bersama pihak berkepentingan dan komuniti tempatan serta Ekspedisi Saintifik Peluasan Kawasan Kinabalu UNESCO Global Geopark dan Rizab Biosfera Banjaran Crocker di sini, pada Sabtu.

Hajiji berkata, cadangan peluasan KUGGP ke Tuaran merupakan langkah strategik yang menerima sokongan penuh Kerajaan Negeri  memandangkan kawasan itu kaya dengan biodiversiti dan berpotensi tinggi dalam sektor eko-pelancongan serta pembangunan komuniti.

Sehubungan itu, beliau mengumumkan rancangan untuk mewujudkan sebuah pusat kesedaran awam atau galeri maklumat di Tuaran, sebagai syarat tambahan bagi memenuhi kriteria UNESCO.

“Pusat ini akan menjadi platform utama untuk penyebaran maklumat dan pendidikan kepada masyarakat setempat. 

“Saya mahu Jawatankuasa KUGGP bersama Pejabat Daerah Tuaran mengenal pasti lokasi yang sesuai bagi penubuhan pusat ini. Ia penting bagi menyokong kesedaran komuniti terhadap kepentingan Geopark,” ujarnya.

Menurut Hajiji, Sabah mempunyai kelebihan semula jadi yang tidak terdapat di negeri lain, seperti hutan hujan tropika, gunung, laut dan kepelbagaian biodiversiti.

Beliau turut menyenaraikan beberapa lokasi eko-pelancongan yang berjaya sebagai model untuk pembangunan di Tuaran. 

Antaranya Nohutu Eco-Tourism di Kota Belud, Kiulu Farmstay, Walai Tobilung Cultural Centre di Kota Marudu dan Misompuru Homestay di Kudat.

Mengulas kejayaan Ekspedisi Saintifik Geo-Sulaman (EGOS 2025) yang baru selesai, beliau berharap hasil kajian dapat didokumentasikan secara menyeluruh sebagai asas pembangunan pelan pengurusan, garis panduan serta bahan pendidikan berkaitan peluasan kawasan Geopark.

“Kerajaan Negeri juga merancang ekspedisi saintifik tambahan di sekitar Banjaran Crocker, khususnya di daerah Ranau dan Tuaran, sebagai persediaan memperluaskan Rizab Biosfera Banjaran Crocker.

“Kejayaan Geopark tidak hanya terletak pada namanya, tetapi pada usaha kolektif kita untuk belajar, berkongsi, dan melindungi khazanah alam ini agar kekal untuk generasi akan datang,” katanya.

Hajiji yakin peluasan kawasan KUGGP dan Rizab Biosfera Banjaran Crocker akan memberi manfaat menyeluruh, termasuk pemeliharaan alam sekitar, peningkatan pendidikan komuniti dan pembangunan sosioekonomi negeri.

Related Posts

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

SUNGAI PETANI – Seorang wanita yang masih menyusukan bayi berusia empat bulan dicekup ketika melepaskan gian bersama tiga lagi individu di sebuah rumah di sini kelmarin. Suspek berusia 27 tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor menzahirkan kekesalan terhadap insiden amang seksual songsang yang didakwa melibatkan seorang guru dan pelajar di sebuah sekolah agama di negeri itu. Exco Hal Ehwal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

  • By Ithma
  • August 19, 2026
Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat