KPKT salur RM203 juta untuk projek infrastruktur di Pahang

KUANTAN – Sejumlah RM203.45 juta diperuntukkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi melaksanakan 51 projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam di Pahang sepanjang tahun ini.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, peruntukan itu membabitkan 11 inisiatif utama dan dilaksanakan dengan kawal selia jabatan serta agensi di bawah KPKT.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak RM63.45 juta diperuntukkan kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi pembinaan Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Pahang.

“Sebanyak 782 unit rumah RMR akan dibina di Pahang tahun ini, dan setakat pagi ini 472 unit berjaya disiapkan.

“Program RMR diwujudkan bagi membantu isi rumah berpendapatan bawah RM5,000 yang belum memiliki rumah atau tinggal di rumah usang, tetapi mempunyai tanah sendiri,” katanya selepas majlis penyerahan kunci RMR dan program bina baharu rumah di bandar Kuantan serta simbolik penyerahan replika cek peruntukan pembangunan dan perancangan Pahang di Kampung Cempaka, hari ini.

Kor Ming menjelaskan, sebanyak lapan projek kediaman di bawah Program Residensi Rakyat (PRR) turut dirancang dengan peruntukan RM61.73 juta.

Katanya, ia membabitkan pembinaan di beberapa lokasi termasuk Kuantan, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Inderapura dan Bera.

“Keseluruhan projek PRR ini dijangka memanfaatkan lebih ramai penduduk luar bandar dan kumpulan B40.

“Tahun ini, Pahang menjadi antara negeri yang menerima jumlah tertinggi projek perumahan PRR,” katanya beliau lagi.

Related Posts

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

SUNGAI PETANI – Seorang wanita yang masih menyusukan bayi berusia empat bulan dicekup ketika melepaskan gian bersama tiga lagi individu di sebuah rumah di sini kelmarin. Suspek berusia 27 tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor menzahirkan kekesalan terhadap insiden amang seksual songsang yang didakwa melibatkan seorang guru dan pelajar di sebuah sekolah agama di negeri itu. Exco Hal Ehwal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

  • By Ithma
  • August 19, 2026
Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat