Lelaki dikhuatiri lemas, hilang ketika memukat di sungai

SIPITANG – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti memukat ikan di Sungai Megalong, Kampung Banting, di sini pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang, Calvin Joe Jeafery berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada pukul 3.32 petang.

“Bilik kawalan BBP Sipitang menerima maklumat bahawa mangsa, Punggut Madin, 51, pergi memukat bersama rakan-rakannya.

“Mangsa kemudian disedari hilang dari pandangan rakan-rakanya ketika mangsa pergi menarik pukat,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Calvin, sejurus panggilan itu, pasukan bomba enam anggota kemudian digerakkan bersama jentera.

“Pasukan bomba tiba dilokasi pada pukul 3.52 dalam jarak 10 kilometer, kemudian bertindak mendapatkan maklumat lanjut.

“Bomba seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi mangsa hilang dan di sepanjang sungai tersebut.

“Sementara itu, empat anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Zon Beaufort, dalam perjalanan ke lokasi kejadian untuk membantu operasi SAR berkenaan,” jelasnya.

Katanya lagi, mangsa kini belum ditemukan, walau bagaimanapun maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Related Posts

Kakanda Sultan Pahang mangkat

KUANTAN – Kakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Datuk Seri Aishah Almarhum Sultan Ahmad Shah mangkat di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 9.15 malam tadi. Pengelola Bijaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

SHAH ALAM – Infrastruktur digital yang kukuh, bakat berkemahiran tinggi dan penguasaan kecerdasan buatan (AI) menjadi antara elemen penting dalam usaha Selangor memperkukuh kedudukannya sebagai hab ekonomi digital dan teknologi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

Kakanda Sultan Pahang mangkat

Kakanda Sultan Pahang mangkat

Songkhla, Satun mungkin jadi sasaran baharu kumpulan bersenjata

Songkhla, Satun mungkin jadi sasaran baharu kumpulan bersenjata

AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

Pencuci kereta miliki tujuh rekod lampau ditahan jual loteri haram

Pencuci kereta miliki tujuh rekod lampau ditahan jual loteri haram

70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api

  • By Fatin
  • August 27, 2026
70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api