Pahang sedia hantar lebih ramai pelajar ke Jordan

KUANTAN – Ruang kerjasama dalam bidang pendidikan antara Pahang dan Jordan dibincangkan dalam pertemuan antara Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Pengajian Tinggi dan Kajian Saintifik Jordan, Prof Dr Azmi Mahmoud Mahafzah, Ahad lalu.

Wan Rosdy berkata, bilangan pelajar dari Pahang ke Jordan akan ditambah, termasuk dalam bidang kritikal seperti perubatan, tertakluk kepada persetujuan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Menurutnya, kerajaan negeri juga prihatin terhadap isu pembiayaan pendidikan dihadapi anak-anak Pahang di Jordan dan di negara lain.

“Justeru, Yayasan Pahang selaku agensi bertanggungjawab diminta mengkaji semula jumlah pembiayaan dari masa ke masa.

“Saya sendiri dan Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan cadangan daripada pelbagai pihak, termasuk usaha menawarkan tempat kepada pelajar asing di institusi pendidikan milik kerajaan negeri,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Kenyataan itu antara lain sebagai maklum balas terhadap harapan dan cadangan dikemukakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini.

Related Posts

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

LAHAD DATU – Hasrat seorang lelaki mencari rezeki di laut berakhir dengan tragedi apabila dia dipercayai dibaham seekor buaya ketika mengambil pukat di perairan Kampung Mundas, Tungku dekat sini pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan supaya tiada caj parkir atau kompaun dikenakan kepada pengguna susulan gangguan teknikal yang menyebabkan aplikasi parkir tidak dapat diakses.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil