Inisiatif pengurusan sisa moden Sarawak satu langkah progresif – Dr Rahmat Aidil

SIBU: Inisiatif kerajaan Sarawak dalam menjadikan pengurusan sisa bagi penjanaan tenaga adalah sangat relevan sejajar dengan usaha global untuk mengurangkan pelepasan karbon dan memaksimumkan penggunaan sumber.

Melalui inisiatif ini, kualiti hidup rakyat Sarawak dapat ditingkatkan dengan pengurangan isu-isu seperti pencemaran, bau busuk dan risiko kesihatan yang berkaitan dengan tapak pelupusan sisa.

Timbalan Dekan, Sekolah Perniagaan dan Pengurusan Universiti Teknologi Sarawak Dr Rahmat Aidil Djubair berkata, sumber tenaga tambahan yang bakal dijana melalui pengurusan sisa ini dapat mengurangkan kadar kebergantungan terhadap sumber tenaga konvensional, sekaligus menstabilkan kos tenaga untuk pengguna.

Selain itu, pembinaan dan operasi insinerator berpotensi mewujudkan peluang pekerjaan baharu, menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan meningkatkan kesedaran umum terhadap kepentingan pengurusan sisa dan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

“Saya melihat inisiatif ini sebagai langkah yang sangat progresif dan penting untuk Sarawak. Dengan mengambil inspirasi daripada model Sweden yang terkenal dengan kecekapan pengurusan sisa dan teknologi tinggi dalam insinerator, Sarawak berpotensi untuk meningkatkan keupayaan pengurangan sisa dan mengurangkan beban tapak pelupusan,”katanya.

Beliau juga memuji komitmen Kerajaan Sarawak dalam mencari penyelesaian yang inovatif untuk masalah pengurusan sisa yang semakin meningkat.

“Diharapkan juga langkah ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga hidro. Langkah ini juga merupakan satu harapan kepada penurunan kos penyelenggaran tenaga hidro dan akhirnya membawa pengurangan kadar bayaran elektrik khususnya kepada rakyat Sarawak,”katanya

Terdahulu, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak bakal beralih kepada pengurusan sisa dan pembuangan sampah moden susulan cadangan kerajaan negeri ini menubuhkan dua loji rawatan termal atau insinerator.

Lokasi penempatan dua insinerator berkenaan akan dikenal pasti selepas kajian berkaitan penubuhannya oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak dilaksanakan.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM