PRK Nenggiri ujian naratif baharu dalam berpolitik

BUKANLAH satu kejutan apabila kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri diumumkan kosong pada 19 Jun lalu.

Tindakan pengosongan luar jangka itu susulan keputusan Bersatu mengubah Perlembagaan parti mereka.

Jadi, Mohd Azizi Abu Naim ‘terpaksa’ melepaskan kerusi disandangnya selepas pilihan raya negeri (PRN) Kelantan pada Ogos tahun lalu.

Mohd Azizi ketika bertanding pada PRN menggunakan logo Pas, walaupun beliau sebenarnya ahli Bersatu ketika itu.

Dan ketika PRN berkenaan, beliau menang di situ dengan majoriti 810 undi sahaja, dalam pertembungan satu lawan satu dengan calon daripada Barisan Nasional (BN), Ab Aziz Yusoff.

Mohd Azizi memperoleh 6,517 undi manakala Ab Aziz mendapat 5,707 undi.

Pakatan Harapan (PH) tidak menyertai PRN itu kerana sudah mempunyai kerjasama dengan BN di peringkat Pusat melalui penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Selepas proses penamaan calon pada 3 Ogos lalu, kerusi yang mempunyai 20,259 pengundi itu sekali lagi menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan Perikatan Nasional (PN).

BN meletakkan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, manakala PN pula memilih Mohd Rizwadi Ismail sebagai calon mereka.

Menarik apabila Mohd Rizwadi dikatakan baharu menyertai Bersatu kira-kira dua hari sebelum beliau diumumkan sebagai calon.

Sebelumnya, Mohd Rizwadi adalah ahli Pas yang memegang jawatan di peringkat Gua Musang, namun beliau mendapat ‘restu’ daripada pimpinan Pas untuk ‘melompat’ ke Bersatu.

Bahkan, ada juga pandangan bahawa Pas sebenarnya tidak rela memberikan kerusi itu kepada Bersatu kerana bimbang akan dikhianati sekali lagi, sama seperti apa yang berlaku selepas Mohd Azizi menang dan kemudiannya mengumumkan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Maka, cara paling selamat pada pandangan Pas adalah meletakkan calon yang asalnya daripada parti itu, cuma bertukar parti lain yang sama-sama dalam gabungan PN.

Ketika kempen sedang berlangsung pada minggu pertama ini, calon PN lebih menumpukan kepada isu nasional yang dijadikan modal mempengaruhi pengundi di situ.

Berbeza dengan pendekatan diambil Mohd Azmawi Fikri yang memilih untuk mendekati dan bertemu dengan seberapa ramai pengundi untuk mendengar inspirasi mereka demi kemajuan di Nenggiri.

Perbezaan pendekatan, pemilihan isu dan penjelasan terhadap naratif dibawa PN – jika digunakan sebaik mungkin – akan memberi kelebihan kepada calon BN.

Apatah lagi dengan tindakan hampir 500 ahli Bersatu dalam kawasan itu memilih untuk keluar parti tidak kurang 24 jam selepas proses penamaan calon berlangsung.

Dengan jumlah majoriti yang kecil, gerak kerja tersusun oleh jentera Kerajaan Perpaduan, adalah tidak mustahil untuk BN merampas semula kerusi DUN itu.

Ditambah pula kehadiran Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya PRK Nenggiri, sudah tentu membuka laluan kepada calon BN memenangi pilihan raya pada 17 Ogos nanti.

Umum mengetahui bahawa penduduk di Nenggiri, bahkan di Gua Musang sangat menghormati Tengku Razaleigh.

Pembabitan Ketua UMNO Gua Musang dalam kerja kempen Mohd Azmawi akan memberi kelebihan kepada calon BN itu.

Bukan sahaja dalam kalangan masyarakat setempat, pengaruh Tengku Razaleigh dalam kalangan komuniti Orang Asli juga sangat akrab.

Dan semua faktor sampingan ini bakal menyaksikan kerusi DUN Nenggiri akan menyaksikan pertembungan sengit.

Berdasarkan analisis awal, peluang untuk BN memenangi kerusi berkenaan adalah sangat cerah dan bukan lagi misi mustahil.

Related Posts

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

SEREMBAN – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebahagian pengundi yang ditemui memilih untuk menilai rekod pentadbiran dan kestabilan kerajaan negeri berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

JEMPOL – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Tabung Haji perlu didedahkan segera kepada umum demi menjunjung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan keadilan, selain membolehkan rakyat menilai sendiri dapatan siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil