Ahli Parlimen Pulai dimasukkan ke ICU

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat terpaksa dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri, di sini, malam tadi selepas dilaporkan mengalami paras oksigen rendah.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan berkata, wakil rakyat berkenaan dimasukkan ke ICU kira-kira jam 11 malam selepas mengalami demam panas.

Bagaimanapun ujar Aminolhuda, Naib Pengerusi Amanah Johor itu dilaporkan semakin stabil hari ini dan memohon orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi.

“Malam tadi beliau (Suhaizan) mengalami demam dengan suhu tinggi dan paras oksigen yang rendah.

“Namun pagi ini keadaannya dilaporkan stabil dan beliau dalam keadaan sedar, tetapi masih dipantau rapi oleh pasukan perubatan di ICU,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, sebarang perkembangan mengenai tahap kesihatan Suhaizan akan dimaklumkan secara rasmi oleh parti berkenaan.

“Amanah Johor ingin menyatakan bahawa maklumat dan sumber yang diperolehi berkenaan dengan keadaan Suhaizan telah menimbulkan panik dan pelbagai tanggapan sehingga pelbagai teori dan persepsi yang timbul.

“Justeru, kami berharap agar segala persepsi ini dapat dihentikan dan kami dari Amanah Johor akan memaklumkan situasi terkini Suhaizan kepada umum.

“Kami juga mohon agar tidak ada pihak yang mendahului maklumat dengan menyebarkan kenyataan yang tidak sah serta menambah tegang terhadap situasi serta kesihatan beliau,” katanya.

Suhaizan, 51, yang merupakan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai pada September 2023 selepas kematian penyandang kerusi itu, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

#

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula