SK Padang Kubu dinobat juara Rayyan Cup Silverpool 2025

PASUKAN hoki bawah 12 tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kubu berjaya menjuarai Kejohanan Hoki Rayyan Cup 2025 (Silverpool) setelah menewaskan SK Tengkawang, Hulu Terengganu dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Hoki Terengganu dengan keputusan 2-0.

Kejayaan ini merupakan pencapaian yang amat membanggakan bagi SK Padang Kubu, sebuah sekolah luar bandar di daerah Kemaman, dalam kejohanan bertaraf antarabangsa anjuran Persatuan Hoki Negeri Terengganu.

Walaupun kejuaraan utama kejohanan ini lazimnya dikuasai oleh pasukan kelab yang lebih berpengalaman, SK Padang Kubu, sebuah sekolah kecil yang saban tahun dilanda banjir sehingga tujuh kali setahun, berjaya membuktikan keupayaan mereka dengan menjuarai kategori Silverpool kejohanan tersebut.

Di peringkat negeri pula, SK Padang Kubu terus mengekalkan kejuaraan dalam kategori Bawah 12 tahun. Sebelum ini, sekolah tersebut turut menjuarai Kejohanan Pembangunan Hoki Bawah 11 Tahun pada tahun 2024.

Menurut Guru Besar SK Padang Kubu, Khairul Nizam Zakaria, segala cabaran yang dihadapi oleh pelajar tidak pernah melemahkan semangat jurulatih, Nor Salihah Bab Latif, bahkan menjadi dorongan untuk terus cemerlang dalam bidang sukan.

Nor Salihah

Khairul Nizam sendiri pernah membawa pasukan sekolahnya muncul sebagai johan dalam Kejohanan Hoki Antarabangsa Pulau Pinang, menewaskan pasukan dari Sri Lanka, dan semangat kejayaan tersebut turut dikongsi bersama barisan jurulatih sekolah pada masa kini.

Rayyan Cup merupakan kejohanan hoki peringkat antarabangsa anjuran Persatuan Hoki Negeri Terengganu dengan kerjasama Rayyan Optometri.

Mohd Fikri

Menurut Presiden Persatuan Hoki Negeri Terengganu, yang juga Guru Besar SK Seri Iman Kemaman, Mohd Fikri Harun, penganjuran kejohanan seumpama ini berupaya mencungkil bakat terpendam dalam kalangan pelajar, seterusnya menjadi platform penting dalam melahirkan pemain pelapis untuk mewakili negeri dan negara.

Related Posts

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

KUANTAN – Seorang lelaki rebah dan meninggal dunia di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan di sini ketika singgah dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya pada awal pagi tadi. Mangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara