SMK Lubok Antu muncul juara Kejohanan Olahraga MSSB Sri Aman 2024

SRI AMAN: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok Antu muncul sebagai juara Kejohanan Olahraga MSSB Sri Aman 2024.

Kejohanan berlangsung di Kompleks Sukan Sri Aman merupakan kejohanan kali ke-58.

Selain itu, SMK Engkelili dinobat sebagai naib juara manakala SMK Melugu mendapat tempat ketiga.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Francis Harden Hollis mengucapkan tahniah kepada para atlet yang menang.

“Saya juga turut mengucapkan terima kasih kepada SMK St. Luke selaku penganjur kejohanan ini serta menunjukkan kesungguhan dalam menjayakan temasya tahun ini,” ujar beliau.

Tambah beliau, semoga kejayaan atlet kali ini dapat menjadi pendorong untuk bersaing ke peringkat lebih tinggi.

Sementara itu, beliau turut menyerahkan cek geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM30,000 kepada Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) SMK St. Luke serta meluluskan peruntukan RM40,000 untuk kontinjen MSSB Sri Aman ke Kejohanan Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sarawak peringkat negeri kelak.

Difahamkan 585 atlet dari tujuh sekolah menengah dan 383 atlet dari enam zon dan dua sekolah rendah menyertai kejohanan olahraga untuk edisi kali ini.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sri Aman Abdul Rahman Muhiyuddin; PPD Lubok Antu Vivien Mujah; Pengetua SMK St. Luke Limok Shem dan Timbalan PPD Sri Aman (Sektor Pembangunan Bakat Murid) Azrien Julaihi.

Related Posts

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

KUANTAN – Program Paya Besar Global Pulse: Russian Track hujung minggu lalu, menghimpunkan belia berusia antara 15 hingga 19 tahun dari kawasan Parlimen Paya Besar dan anak muda Rusia dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

  • By Fatin
  • October 9, 2026
MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat