MIDE peruntuk RM15 juta perkasa produk tempatan Sabah

TAWAU – Sebanyak RM15 juta diperuntukkan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE) Sabah dalam usaha membantu usahawan negeri ini memperkasakan produk tempatan. 

Pembantu Menteri MIDE, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, bantuan kerajaan itu disalur kepada usahawan yang terlibat dalam sektor pembuatan dari aspek pemberian mesin peralatan, pendigitalan serta pembungkusan produk. 

“Setiap tahun juga kita bantu usahawan-usahawan ini mempertingkatkan produk mereka termasuk permohonan sijil halal dan sudah pasti perkara ini akan meningkatkan kualiti dan juga kebolehpercayaan terhadap produk-produk yang mereka jual.

“Ini adalah satu ruang dan peluang juga agar usahawan Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS) ini menjana limpahan ekonomi dengan mencipta lebih banyak peluang perniagaan dan ini yang kita nampak hari ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Karnival Usahawan PKMS Sabah 2025 Zon Tawau dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di pekarangan Majlis Perbandaran Tawau, pada Sabtu. 

Turut hadir, Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui dan Konsul Republik Indonesia (RI) Tawau, Aris Heru Utomo. 

Mengenai karnival itu, Suryady yang juga Ahli Parlimen Kalabakan berkata, siri jelajah karnival ini bermula di Tawau sebelum ke Tuaran dan beberapa daerah lain yang menghimpunkan usahawan tempatan. 

“Di Tawau, 30 usahawan termasuk dari daerah berdekatan dan dari Kudat yang menjual produk-produk antaranya makanan, baju etnik dan kraftangan mereka. 

“Melalui karnival ini, kita nampak hasil jualan mereka juga baik dan penganjurannya mendapat respon positif, justeru, saya amat berharap usaha kerajaan negeri dan Persekutuan untuk usahawan ini mendapat pendedahan yang banyak kepada PMKS kita,” ujarnya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16