PRK Ayer Kuning: Peratusan keluar mengundi setakat jam 11 pagi rendah – SPR

BIDOR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning masih rendah setakat jam 11 pagi, pada Sabtu.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, sehingga jam 11 pagi, sebanyak 26.36 peratus keluar mengundi.

Sehubungan itu, beliau menyeru supaya para pengundi DUN Ayer Kuning keluar secepat mungkin sebelum pusat mengundi ditutup jam 6 petang.

Jelasnya, menjelang petang, dikhuatiri hujan akan turun sekali gus menyukarkan pergerakan untuk keluar mengundi.

“Setakat jam 11 pagi, peratusan keluar mengundi agak rendah iaitu sebanyak 26.36 peratus.

“Oleh itu, pihak SPR menyeru agar para pengundi di DUN Ayer Kuning segera keluar menunaikan tanggungjawab mengundi sebelum pusat mengundi ditutup jam 6 petang.

“Waktu petang pula dikhuatiri hujan,” katanya kepada pemberita dalam Sidang Media SPR di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bidor, di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Ramlan juga berkata, sehingga kini sebanyak 26 kes diterima pihaknya berkaitan poster.

Namun, ujarnya, tiada kes yang serius serta dapat diselesaikan oleh pihak SPR.

Hari ini merupakan hari mengundi bagi PRK DUN Ayer Kuning yang dilaksanakan susulan kematian penyandangnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, Allahyarham Ishsam Shahruddin, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu.

Pada PRK yang ke-11 ini selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir; calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS.

Related Posts

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

AYER KEROH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan tindakan segelintir ahli PKR meninggalkan parti untuk menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) tidak menjejaskan kestabilan organisasi atau perjalanan parti itu. Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

GOMBAK – Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Fasa 1 yang menghubungkan Kota Bharu ke Gombak disasarkan mula beroperasi pada Disember ini, lebih awal berbanding jadual asal pada Januari 2027.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan

PKR Pahang tunggu penjelasan penganjur program di Cenderawasih

PKR Pahang tunggu penjelasan penganjur program di Cenderawasih

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM