Ibu maut, anak parah selepas kereta rempuh bas persiaran di Jalan Sulaman

KOTA KINABALU – Seorang wanita maut manakala anak lelakinya cedera parah selepas kereta yang mereka naiki merempuh sebuah bas persiaran yang diletakkan di tepi jalan di Jalan Sulaman-Gayang, petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, kejadian membabitkan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 19 tahun bersama ibunya berusia 40-an sebagai penumpang.

“Siasatan awal mendapati kereta itu datang dari arah Salut menghala ke Kampung Laya-Laya sebelum pemandu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.

“Kenderaan itu kemudian melanggar bahagian belakang sebuah bas persiaran yang sedang berhenti di bahu jalan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, akibat kemalangan itu, penumpang wanita disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, manakala pemandu mengalami patah kaki dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.41 petang.

“Sembilan anggota bersama dua jentera digerakkan ke lokasi dan tiba pada pukul 3.06 petang. Kemalangan melibatkan Perodua Alza dan bas persiaran yang berhenti di tepi jalan.

“Kedua-dua mangsa yang tersepit dalam kereta berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya ketika dihubungi.

Mayat wanita diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital.

Operasi ditamatkan pada pukul 5.05 petang selepas pasukan bomba memastikan kawasan kejadian berada dalam keadaan selamat.

Related Posts

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

KOTA KINABALU – Bekalan elektrik yang stabil dan berterusan perlu menjadi keutamaan dalam Belanjawan 2027 bagi menyokong kesejahteraan rakyat serta merancakkan pertumbuhan ekonomi Sabah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan merampas 27,495 pek daun terup berjenama yang disyaki tiruan, bernilai RM55,079.20, menerusi serbuan serentak di tiga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX terbuka rakyat tanya intipati Belanjawan 2027

PMX terbuka rakyat tanya intipati Belanjawan 2027

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

Pasaran buruh terus positif, kadar pengangguran turun kepada 2.9 peratus

Pasaran buruh terus positif, kadar pengangguran turun kepada 2.9 peratus

Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

  • By Ithma
  • October 9, 2026
Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat