Kanak-kanak autisme ditemukan meninggal dunia selepas lima hari hilang di Tamparuli

TAMPARULI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang dilaporkan hilang sejak lima hari lalu di Kampung (Kg) Bahagia II, Tamparuli ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tersangkut di tepi sungai, kira-kira tiga kilometer (km) dari lokasi terakhir dia dilihat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, mangsa, Muhammad Aniq Faiz Muhammad Ashraf yang merupakan kanak-kanak autisme, ditemukan pasukan penyelamat pada pukul 12.20 tengah hari Khamis oleh pasukan SAR yang menjalankan pencarian secara ‘water rafting’.

“Mayat mangsa tersangkut di tepi sungai dan penemuan ini dibuat hasil pencarian berterusan oleh pelbagai agensi penyelamat sejak hari pertama mangsa dilaporkan hilang pada 20 April lalu,” katanya dalam kenyataan media di sini pada Khamis.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.52 petang hari kejadian daripada pihak polis yang memaklumkan kehilangan mangsa di kawasan belakang Pejabat Daerah Tamparuli.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan serta-merta, melibatkan 22 anggota termasuk dari Unit K9, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) serta penggunaan dron JBPM Sabah.

“Pencarian dilakukan meliputi kawasan darat dan sungai dengan menggunakan kaedah ‘Standard Line Double Layer’.

“Usaha turut melibatkan kerjasama erat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan dan penduduk kampung,” tambah beliau.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada pukul 1.15 petang.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok