Seminar Kesejahteraan Belia MADANI, Kursus Pra-Perkahwinan Islam perkukuh institusi keluarga

KOTA KINABALU – Penganjuran Seminar Kesejahteraan Belia MADANI: Mental, Fizikal dan Rohani dan Kursus Perdana Pra Perkahwinan Islam mampu membantu memperkukuhkan institusi keluarga di negara ini.

Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Arif berkata, program seperti itu amat penting dalam usaha memberi kesedaran kepada golongan belia terhadap tanggungjawab kepada keluarga dan rumah tangga.

“Ini bukan hanya merangkumi penyediaan nafkah, pakaian dan keperluan harian, tetapi kesihatan emosi pasangan.

“Kita sedar sejak akhir-akhir ini, masalah keluarga atau kes-kes aduan rumah tangga banyak berpunca daripada tekanan perasaan dan emosi yang tidak stabil dan tidak terkawal hingga meruntuhkan institusi keluarga yang semakin merunsingkan.

“Untuk itu, saya berterima kasih kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), para penceramah jemputan yang meluangkan masa berkongsi ilmu bersama dalam program ini,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar tersebut, di sini pada Selasa.

Sehubungan itu jelas beliau, adalah menjadi tanggungjawab utama golongan lelaki yang bergelar suami untuk melaksanakan amanah sebagai ketua keluarga yang dipertanggungjawabkan.

“Menjadi lelaki qawwam yang sentiasa melindungi ahli keluarga daripada bahaya di dunia dan akhirat serta tidak mengaibkan keluarga.

“Begitu juga golongan wanita atau isteri, seorang isteri berkewajipan mentaati suaminya selagi tidak bertentangan dengan kehendak syarak.

“Itu termasuk mendahulukan keperluan suami serta menjaga maruah diri suami dan keluarga,” ujarnya.

Arifin turut berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program berkenaan dan berharap program seperti itu dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Related Posts

Lima peniaga putih mata rugi RM28,160 diperdaya sindiket tender palsu

MIRI – Taktik licik sindiket penipuan yang menyamar sebagai wakil agensi kerajaan membawa padah apabila lima peniaga kecil di bandar ini berputih mata selepas mengalami kerugian berjumlah RM28,160 akibat diperdaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kapasiti cecah 4 juta penumpang, Lapangan Terbang Miri terima peruntukan RM445 juta

MIRI – Lapangan Terbang Antarabangsa Miri bakal melalui proses pembesaran dan naik taraf berskala besar selepas Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM445 juta di bawah Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima peniaga putih mata rugi RM28,160 diperdaya sindiket tender palsu

Lima peniaga putih mata rugi RM28,160 diperdaya sindiket tender palsu

Kapasiti cecah 4 juta penumpang, Lapangan Terbang Miri terima peruntukan RM445 juta

Kapasiti cecah 4 juta penumpang, Lapangan Terbang Miri terima peruntukan RM445 juta

Keyakinan Pas semakin tinggi, akar umbi mula persoal keperluan PN menjelang PRU16

Keyakinan Pas semakin tinggi, akar umbi mula persoal keperluan PN menjelang PRU16

Petronas sahkan insiden di FSO Sepat

Petronas sahkan insiden di FSO Sepat

Bukan sekadar sumber kayu, hutan pemacu utama ekonomi hijau Sarawak

Bukan sekadar sumber kayu, hutan pemacu utama ekonomi hijau Sarawak

Arsenal, United tutup tirai EPL dengan kemenangan

Arsenal, United tutup tirai EPL dengan kemenangan