Pegawai ditahan, SPRM buka kertas siasatan dalaman

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang membuka kertas siasatan dalaman berhubung kes seorang pegawainya yang ditahan polis dalam Op Noda Khas di sebuah pusat hiburan baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan, SPRM mengesahkan siasatan lanjut telah diserahkan kepada polis dan pihaknya akan memberikan kerjasama penuh dalam menjalankan siasatan berkenaan.

Menurut SPRM, pihaknya akan membuka satu kertas siasatan dalaman bagi memastikan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran kod etika perkhidmatan atau undang-undang.

“SPRM menegaskan pihak Suruhanjaya tidak akan berkompromi jika mana-mana pegawainya didapati melanggar undang-undang atau mencemarkan integriti institusi ini.

“Tindakan tegas akan diambil berdasarkan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan integriti yang menjadi teras perjuangan SPRM,” katanya.

Justeru, SPRM berkata pihaknya akan kekal komited dalam mengekalkan integriti perkhidmatan awam dan memastikan kepercayaan rakyat terhadap usaha membanteras rasuah tidak terjejas.

Related Posts

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak