Insiden nama ‘gugur’ dalam sistem, Syafiq tuntut undian semula pemilihan Cabang Silam

LAHAD DATU – Calon Ketua Cabang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Silam, Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin, 24, menuntut undian semula dibuat bagi pemilihan Cabang Silam 2025-2028.

Beliau berkata, tuntutan ini susulan insiden pengguguran calon (namanya) yang diletak sebagai calon tarik diri semasa proses pengundian berjalan sehingga mengakibatkan kegagalan dan kekeliruan pengundi untuk mengundi serta pengundian dijalankan secara tidak telus.

“Sehubungan itu, saya menuntut kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR  untuk tindakan adil dan segera dengan mempertimbangkan semula pelaksanaan undian di semua peringkat iaitu Cabang, AMK dan Wanita bagi menjamin keabsahan keputusan.

“Saya juga memohon siasatan menyeluruh oleh JPP terhadap punca dan pihak bertanggungjawab menyebabkan nama digugurksn secara tidak sah selain pembekuan sementara keputusan pengundian Cabang Silam sehingga siasatan selesai.

“Saya juga memohon laporan penjelasan rasmi kepada calon dan anggota Cabang Silam bagi menjernihkan kekeliruan, memohon jaminan sistem yang lebih telus pada masa akan datang serta tindakan tatatertib terhadap mana-mana pihak yang berniat jahat sama ada dalam sudut teknikal mahupun pengurusan,” katanya kepada media di Lahad Datu, pada Isnin.

Tambah Syafiq, bantahan rasmi dan laporan polis yang dibuat bukan untuk kepentingan diri sebaliknya kepercayaan anggota parti terhadap pimpinan PKR dan sistem pemilihan yang digunakan.

Katanya, JPP sewajarnya memperhalusi dan perlunya tindakan pantas terhadap isu pengguguran nama tanpa notis yang dihadapi memandangkan sehingga kini masih belum mendapat jawapan dan pertama kali berlaku dalam tempoh pemilihan iaitu 12 hingga 20 April.

Dalam pada itu, Syafiq terbuka dengan keputusan pemilihan menerusi borang 14 yang dikeluarkan pada Ahad, bagaimanapun meragui jumlah undian yang tertera pada borang terbabit.

“Misalnya undi Ketua AMK Cabang, calon nombor satu memperoleh 116 undi manakala saya calon dua iaitu saya memperoleh 54 undi apabila kita tambah jumlah itu 170 undi.

“Tetapi, jumlah kertas undi dikeluarkan adalah 230 jadi ada 60 undi itu hilang dan adakah undi ragu? Bagaimana ia berlaku?” soalnya.

Related Posts

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

KUANTAN – Program Paya Besar Global Pulse: Russian Track hujung minggu lalu, menghimpunkan belia berusia antara 15 hingga 19 tahun dari kawasan Parlimen Paya Besar dan anak muda Rusia dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

  • By Fatin
  • October 9, 2026
MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas